ASID FOLIK

Kajian terbaru mengenai kelebihan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil. Folic acid sebagai supplemen tambahan kepada makanan seimbang disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil dan pengambilan diteruskan selama tiga bulan pertama kehamilan. Folic acid TIDAK membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil. Folic acid yang mencukupi diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Kebanyakan wanita tidak boleh mendapat cukup folic acid dari pemakanan yang seimbang. Tujuan pengambilan tambahan supplemen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan. Tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil telah terbukti mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak. Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen folic acid, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil. Kemudian kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Sekarang maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat folic acid melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan folic acid. Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan folic acid. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen folic acid jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan. Anda boleh beli supplemen folic acid sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat. Folic acid ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology Subspecialist Maternal & Fetal Medicine University Malaya

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Gud info