nur profile icon
PlatinumPlatinum

nur, Malaysia

Contributor
My Orders
Posts(8)
Replies(202)
Articles(0)

PERSIAPAN BERSALIN

cr #misishawani Aku ni misi. So aku ni suka tau perhati kalau ibu-ibu mengandung bawak barang untuk admit ward. Ada yang bawak 1 beg je. Ada tu bawak beg macam nak pergi holiday. Kalau boleh 1 rumah tu dia nak bawak? Sini wani ada share apa benda penting dan yang perlu bawa. Tak perlu lah dah nak bawak selugagge barang. Bawak 1 beg baby dan 1 beg kecil barang mak pun dah cukup. Baju mak pun tak payah bawak 1 almari. Bawak baju masa nak balik je. Duduk wad pakai baju hospital. Cantik apa baju hospital. Baju baby bawak je dalam 3 pasang. Lagipun sesetengah hospital ada sediakn baju untuk baby. Tak payah bawak sampai 10 pasang. Benda sangat penting kena bawa masa daftar buku mengandung, ic dan sijil nikah atau kad nikah. Asingkan dalam 1 fail. Masuk terus dalam kereta. Senang citer. Start 28 minggu pregnancy boleh dah packaging barang. Bawa je gi mana-mana. Gi kerja ke, gi holiday ke atau balik kampung. Wani harap apa yang wani share ni dapat manfaat untuk semua ibu. Tak payah dah nak pening tak tau nal bawak apa. Selamat melahirkan insan tersayang dan dipermudahkan urusan. #pesananmisishazwani #infoibuhamil #tipsuntukwanita

Read more
PERSIAPAN BERSALIN
undefined profile icon
Write a reply

DOPPLER

Berita terbaru di Reading, England. http://www.bbc.com/news/uk-england-berkshire-40580726 Seorang ibu melahirkan bayi yang sudah meninggal dunia kerana kurang peka dan kurang prihatin yang pergerakan janinnya sudah mula berkurangan dan tidak cergas seperti biasa. Ibu ini terpedaya apabila mendengar denyutan jantung oleh alat Doppler yang dibeli untuk kegunaan di rumah. Disebabkan ini lah ibu ini meyakinkan diri sendiri bahawa janinnya sihat. Sebaliknya, ibu ini patutlah berkunjung ke hospital bersalin terdekat bila perasan terdapat perubahan kepada ciri-ciri pergerakan janinnya. Kami para doktor tidak pernah menyarankan ibu-ibu yang hamil membeli alat ini untuk digunakan di rumah. Kami hanya menggalakkan ibu-ibu menumpukan perhatian kepada pergerakan dan kecergasan janin, seperti nasihat yang saya sudah sampaikan di link ini https://www.facebook.com/imelda.balchin/posts/10154472312861659 Pertama sekali: Doktor dan bidan sudah pun dilatih menggunakan alat Doppler ini untuk mendengar denyutan jantung janin, dan tahu mendengar perbezaan di antara denyutan jantung janin dan ibu. Apabila janin meninggal dunia ataupun kadar denyutan jantungnya menjadi terlalu rendah, alat Doppler ini akan mengesan denyutan nadi ibu. Doktor dan bidan tahu mendengar perbezaan bunyi jantung janin dan bunyi nadi ibu. Kedua: Janin yang tidak sihat sememangnya masih mempunyai denyutan jantung, tetapi hanya doktor dan bidan mempunyai pengetahuan apakah kadar denyutan jantung yang sihat dan apakah yang tidak sihat. Ketiga: Jika ibu yang hamil mengadu bahawa janinnya kurang bergerak, doktor dan bidan tidak akan menggunakan alat Doppler ini untuk mengesahkan sama ada janin itu sihat atau tidak. Kami akan memantau janin dengan alat CTG dan kemudianya memantau kadar pembesarannya dengan ultrasound scan. Saya harap ibu-ibu semua tidak terperdaya oleh mereka yang menjual peralatan ini. Jika nak membeli alat ini juga, satu peringatan yang penting ialah ibu-ibu tidak lali dan akan terus memberi perhatian kepada pergerakan janin. Sila datang ke hospital bersalin jika janin menjadi kurang cergas pergerakannya selepas 28 minggu kehamilan, walaupun anda mendengar denyutan jantungnya dengan alat Doppler di rumah. Prof Dr Imelda, Pusat Perubatan Universiti Malaya, Kuala Lumpur.

Read more
undefined profile icon
Write a reply

ASID FOLIK

Kajian terbaru mengenai kelebihan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil. Folic acid sebagai supplemen tambahan kepada makanan seimbang disarankan kepada semua wanita yang ingin hamil dan pengambilan diteruskan selama tiga bulan pertama kehamilan. Folic acid TIDAK membantu meningkatkan kesuburan anda. Terlalu ramai bertanya tentang ini. Ini bukanlah ubat cepat hamil. Folic acid yang mencukupi diperlukan dalam pembentukan tulang tengkorak dan tulang belakang janin yang melindungi otak dan saraf tunjang. Kebanyakan wanita tidak boleh mendapat cukup folic acid dari pemakanan yang seimbang. Tujuan pengambilan tambahan supplemen folic acid ialah untuk mencegah kecacatan kepada otak dan saraf tunjang janin yang mula terbentuk pada awal kehamilan. Tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil telah terbukti mengurangkan kecacatan neural tube defect ini sebanyak 70% kepada anak. Sebab inilah 81 negara di seluruh dunia telah mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang telah diperkayakan dengan supplemen folic acid, supaya wanita yang tidak merancang kehamilan, atau terhamil, masih boleh mendapat folic acid daripada pemakanan sebelum dan semasa hamil. Kemudian kajian perubatan ke atas satu juta ibu hamil membuktikan bahawa tambahan supplemen folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga mengurangkan risiko anak mendapat autism spectrum disorders (ASD) sebanyak 20%. Sekarang maklumat terbaru menunjukkan tambahan folic acid sebelum hamil dan semasa hamil juga boleh mengurangkan risiko mendapat penyakit mental di kalangan kanak-kanak dan remaja. Kajian MRI otak menunjukkan anak-anak kepada ibu yang mendapat folic acid melalui gandum yang telah diperkayakan, sebelum dan semasa hamil, mempunyai otak cortical yang lebih tebal jika dibandingkan dengan anak-anak kepada ibu yang tidak mendapat kelebihan folic acid. Di Malaysia, belum ada lagi undang-undang yang mewajibkan hanya penjualan gandum dan bijiran yang diperkayakan dengan folic acid. Kajian di Malaysia menunjukkan 85 dalam 100 wanita tidak mempunyai kandungan folate yang mencukupi di dalam ujian darah mereka. Maka wanita Malaysia hendaklah mengambil lebih tanggungjawab diri sendiri untuk membeli supplemen folic acid jika anda tidak menggunakan kaedah merancang keluarga yang berkesan, atau jika anda sedang berusaha menjadi hamil. Dos yang anda perlukan hanyalah sekurang-kurangnya 400 microgram atau 0.4mg sehari, dan tidak melebihi 5mg sehari. Jika hamil, teruskanlah pengambilan supplemen folic acid ini sekurang-kurangnya pada tiga bulan pertama (12 minggu) kehamilan. Anda boleh beli supplemen folic acid sendiri di farmasi, tak payah tunggu doktor bagi di klinik, sebab temujanji klinik mengandung selepas 12 minggu sudah terlambat. Folic acid ialah satu jenis supplemen, ini bukanlah ubat. Brand tidak penting, tak payah beli yang mahal. Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetric & Gynaecology Subspecialist Maternal & Fetal Medicine University Malaya

Read more
VIP Member
undefined profile icon
Write a reply