20 Balas
Assalamualaikum dan salam sejahtera Ms Nursyafiqah, first and foremost,thank you for reading this. Currently 10weeks pregnant, i do have a little bit of nausea and the inability to eat certain food. My question is; 1.Portion yang saya selalu makan ada protein, nasi dan sedikit sayur. Adakah ok untuk saya makan berat 1x sehari atau makan dalam portion sedikit tapi sebanyak 2x sehari? Sarapan pagi selalunya saya makan roti bakar atau telur. Ada juga hari dimana saya tidak makan sarapan kerana loya yang agak teruk jadi saya cuba kunyah kekacang dan oren sunquick. Adakah perkara ini akan memberi kesan jangka panjang kepada kandungan nutrisi janin saya? 2.Ibu mertua saya menasihati saya untuk makan hati ayam bagi menambah sel darah merah kerana kehamilan lalu saya yang selalu sangkut dek low level iron. Bolehkan saya gantikan hati ayam dengan makanan tinggi zink lain? 3.Saya juga memaksa diri untuk menelan nasi sehari-hari. Adakah ada sebarang kesan jika saya memilih alternatif lain spt mi kuning, mee teow atau lain2? Sudah maklum ibu mengandung tidak boleh sama sekali memakan mee segera. 4.Jika ibu mengandung tidak boleh minum susu,bagaimana cara untuk dapatkan kalsium dari sumber lain?terutama jika si ibu ada masalah tulang seperti scoliosis? 5.Adakah benar ibu mengandung tidak boleh makan makanan laut? Sekian soalan daripada saya,terima kasih kerana luangkan masa. -amira,27,johor-
Assalamualaikum Ms Syafiqah, Saya ibu muda yg baru hamil di usia minggu ke-6. Masih banyak yg perlu saya belajar terutamanya tentang pemakanan. Jadi saya ada beberapa soalan utk diajukan: 1. Boleh kah saya memakan folic acid dan iron folic dalam masa yg sama memandangkan saya belum berjumpa dan dapatkan nasihat doctor? 2. Boleh kah saya minum susu tambahan/ jus minuman yg kini terdapat banyak dipasaran yg rata-ratanya mempunyai khasiat tersendiri utk ibu mengandung? 3. Adakah perlu pantang makanan jika alahan seperti mual, loya, muntah? 4. Bolehkah berpuasa jika masih di awal kandungan atau ia akan mendatangkan kemudaratan utk tumbesaran bayi? 5. Apakah makanan tambahan yg perlu diambil jika ingin tambah darah selain daging/paru sbb saya kurang gemar terhadap dua ini. 6. Apakah makanan2 khusus yang pantang dimakan ketika di awal mahupun sepanjang kehamilan? Cth seperti nenas, ada yg kata boleh dan ada yg berkata tidak boleh. Adakah mengikut adaptability badan masing-masing? Mohon pencerahan dari ibu muda. Terima kasih.
waalaikumsalam, 1. Boleh, asid folic boleh diambil seawall kehamilan. 2. Susu boleh diambil bagi membekalkan kalsium, jus minuman disarankan memakan buah adalah lebih baik dari jus kerana concern pada kandungan gula dalam jus tersebut. 3. Hanya elakkan makanan yang menyebabkan puan berasa loya atau muntah. Elakkan makanan pedas serta berminyak. Pastikan makan sedikit tetapi kerap. 4. Boleh , namun sekiranya ia memudaratkan kesihatan puan dan bayi tidak digalakkan. 5. Makanan seperti organ dalaman , hati ayam atau lembu, kerang , ayam dan daging. Ambil Bersama makanan tinggi vitamin C untuk penyerapan yang lebih baik 6. Tiada masalah untuk memakan nenas , ia membekalkan minerals dan vitamins yang baik untuk badan. Tiada makanan khusu yang harus dipantang melainkan makan secara seimbang dan pelbagai bagi membekalkan nutrisi yang cukup untuk tumbesaran bayi dan ibu.
Hai Salam Cik Syafiqah... Pertanyaan saya : 1. Selain pemakanan sihat dan seimbang yang di sarankan oleh pakar dietitian dan doktor, apakah vitamin dan makanan tambahan antenatal yang terbaik dan selamat untuk diambil ketika mengandung kerana sesetengah daripada ibu2 mengandung mengalami alahan teruk terhadap makanan. 2. Adakah bagi ibu mengandung yang mengalami GDM dietitian yang di sarankan oleh pakar betul-betul berkesan dan kandungan gula tidak naik kerana saya pernah terbaca ada sesetengah ibu mengandung yang berkongsi pendapat mengatakan diet yang di sarankan kadang tidak menjadi dan gula naik. Adakah kerana cheat day pada waktu lain dan strigh ikut pemakanan yang dicadangkan ketika ujian gula di jalankan. 3. Benarkah tidak semua buah boleh diambil sesuka hati ketika mengandung lebih2 lagi yang menghidap GDM dan perlu diambil mengikut kuantiti yang sesuai. Bagi sesetengah ibu mengandung yang tidak tahu dan menganggap semua buah mengandungi khasiat yang tersendiri. Sekian, Terima Kasih.
Terima kasih Puan Syafiqah di atas penerangan yang padat dan penuh manfaat ini. Semoga tips2 yang dikongsi ini dapat di gunakan oleh ibu-ibu hamil yang lain di dalam group ini....
Salam, Ms Nursyafiqah. Saya baru join apps ni, jadi byk yg masih tak tau berkenaan apps ni. 1. Perkongsian ni akan di adakan secara live atau mcm mana ye, di bahagian mana ye saya nak tengok esok. 2. Mengandung di usia 40an++, baru masuk 9mggu. Bagaimana diet yg sesuai utk yg ada berat badan 80kg, dalam masa sama nak jaga kesihatan + kesihatan kandungan supaya tak terjejas utk mengelakkan penyakit lain sprt gdm dll. 3. Bagaimana diet utk ibu hamil yg ada masalah auto immune disease (psoriasis), sbb perasan sejak mengandung, psoriasis jd flare up lebih dr kebiasaan (maybe hormones dah berubah). Utk pemakanan saya memang elak pengambilan gula putih, elak makanan yg tinggi histamine & dll. 4. Sebelum mengandung, setiap pagi saya memang amalkan minum air saderi + apple hijau raw (blend), utk bantu kurangkan keradangan psoriasis. Soalan saya, bila dah hamil ni, adakah saya masih blh meneruskan minum? Dan adakah ianya akan menjejaskan kandungan saya. Terima Kasih.
Wassalam hi. 1. Perkongsian diadakan melalui soal jawab di ruangan ini Bersama saya. 2. Pemakanan yang lengkap dan seimbang serta mengikut kalori keperluan harian mampu untuk menjaga kesihatan dan pada masa yang sama dapat mengelakkan penyakit penyakit lain. Contohnya saranan purata pengambilan kalori 1 hari adalah 1660 kalori dan ini boleh meningkat melalui trimester. 3. Pengambilan makanan yang sihat seperti lebihkan sayur serta buah buahan yang mengandungi antioksidan, serat dan pelbagai vitamin yang dapat membantu dalam mengawal psoriasis serta tambahkan bijirin penuh didalam pemakanan , elakkan makanan yang boleh menjadi punca atau “trigger” kepada psiorasis. 4. Tiada masalah, boleh teruskan dengan pengambilan tersebut kerana ini juga membekalkan pelbagai vitamins and minerals yang diperlukan oleh badan.
assalamualaikum Ms Nursyafiqah, Saya mengandung 13 weeks dan Masih mengalami alahan utk mkn dan bau2 berempah, menumis dan bau2 yg tidak menyenangkan. Dari segi pemakanan Saya hanya Makan, makanan yang Saya rasa boleh mkn utk mengelakkan muntah. nasi, ikan, ayam, daging mmg sukar utk telan. Sy risau kandungan Sy kurang mendapat nutrisi. 1. Blh kah Ms Nursyafiqah mencadangkan apa yang Sy perlu buat Dari segi pemakanan? 2. adakah pil2 pelengkap yang yg lain yg perlu di consume utk ibu Hamil slain dr Iberet,zincofer, obimin n so on utk membantu pertumbuhan Bayi dlm kandungan dr kekurangan zat/nutrisi yg menyebabkan kurang sempurna. 3. utk ibu2 yg Ada GDM, apakah makanan yang sesuai apabila lapar. (Menu utk sneak yg boleh diambil utk ibu yg Ada GDM) terima Kasih☺️
Waalaikumsalam, Hi Shuhadah. 1. Pemakanan yang lengkap adalah amat penting sepanjang kehamilan . Selalunya kita akan rujuk kembali kepada kecukupan dari segi karbohidrat, protein , dan lemak serta vitamins dan minerals . Seandainya puan tidak boleh makan nasi, boleh refer kepada makanan yang kaya karbohidrat yang lain seperti mihun, mee, roti dan sebagainya. Begitu juga dari segi protein, boleh mengambil makanan yang kaya dengan sumber protein seperti telur. Konsepnya, pastikan makanan lengkap dan seimbang dengan nutrisi ini. Boleh rujuk plan pemakanan suku suku separuh ( 1/4 pinggan karbohidrat, 1/4 pinggan protein , 1/2 sayur ) . 2. Pil atau supplement diperlukan sebagai makanan untuk membantu bagi menambah dan melengkapkan nutrisi dalam badan. Antara supplements yang perlu fokus adalah asid folic, zat besi, vitamin C, Calcium dan vitamin D. Dapatkan nasihat daripada pakar seandainya puan ingin mengambil supplements tambahan. 3. Bagi ibu yang mengalami GDM, snack boleh diambil m
Assalamualaikum Ms Syafiqah Saya nak tanya beberapa soalan 1. Pada 3trimester selalu akan berlalu kekurangan air ketuban, betul ke minum air kelapa dapat membantu? Dan betul ke awal trimester dilarang minum air kelapa? 2. Panadol boleh ke dimakan untuk ibu mengandung yang kerap mengalami pening kepala, ada side effect tak jika makan begitu kerap? 3. Makanan alternatif apa yang dapat menaikkan HB, selain dari consume ubat klinik? 4. Pengambilan diet yang seimbang yang disarankan oleh KKM, iaitu suku suku separuh, adakah relevan untuk ibu mengandung yang mempunyai GDM, jika relevan, bagaimana jadual yang disarankan ye? 5. Makanan yang pedas yang dimakan pada awal trimester, ada berlaku side effect ke kepada bayi dalam kandungan? Mohon pencerahan Ms Syafiqah, Terima Kasih.
Thank u Ms
Hi Ms Nursyafiqah. Saya ibu yang mengandung kembar dan berumur nearly 40. Saya ada beberapa soalan. 1. Sehingga kini saya masih alahan (15 minggu) dan saya buntu tentang pengambilan makanan apa yang sesuai untuk saya. Sebab semua yang saya makan, saya akan muntah. Jangan kata banyakkan makan sayur dan buah sebab itu pun saya muntah. Kalau tak muntah, saya akan loya dan kepala pening. Bila ni trjadi, saya terpaksa makan ubat tahan muntah. Hampir setiap hari saya akan makan ubat tahan muntah. 2. Makanan apa yang sesuai untuk mengelakkan air liur berlebihan keluar. Terima kasih
Hi Puan Nor Atiqah, 1. Alahan sewaktu hamil adalah normal. Daripada segi pemakanan, pastikan puan makan pada waktu yang tetap dan elakkan perut kosong. Puan boleh amalkan pengambilan yang sedikit tetapi kerap bagi memastikan nutrisi yang secukupnya dibekalkan kepada badan. Selain daripada itu, kenal pasti makanan yang akan menyebabkan muntah juga membantu. Elakkan makanan pedas dan bergoreng kerana ini juga boleh menyebabkan muntah. 2. Makanan yang masam kebiasaannya memberi kesan kepada pengeluaran air liur. sekiranya berlebihan dan tidak terkawal, dapatkan rawatan dan nasihat doctor segera.
Assalamualaikum Ms Nursyafiqah sy ummi cuma ingin bertanya 2 soalan ringkas dan padat. 1.Dilemma ibu GDM."Jenis makanan".Apakah jenis makanan yang perlu diawasi dan jenis makanan yang boleh diambil ketika hypo? 2.Mengapa ibu hamil tetap perlu makan dengan baik sedangkan sudah ada vitamin yang dibekalkan sepanjang tempoh kehamilan oleh petugas kesihatan.Apakah vitamin yang dikomsusi sepanjang tempoh kehamilan tersebut tidak mampu memberikan zat-zat yang cukup kepada ibu mahupun janin di dalam kandungan?
Waalaikumsalam, Hi Ummi 1. Bagi ibu yang mengalami GDM , pemakanan yang tetap dan teratur serta pengambilan makanan karbohidrat mengikut porsi ditetapkan amatlah penting. Elakkan memakan banyak pada sesuatu masa dan elakkan jarak masa yang terlalu panjang. Ketika Hypo, boleh ambil sama ada 1 sudu makan gula / 2 sudu makan madu / gula gula 3 biji , Periksa semula paras gula dalam darah selepas 15 minit. 2. Vitamin bertindak sebagai makanan tambahan untuk badan , makanan utama masih diperlukan kerana ini adalah sumber utama yang mebekalkan tenaga serta segala nutrisi yang diperlukan oleh badan . :)
Assalamualaikum Ms Nursyafiqah Saya masih trimester 1 , ada bbrapa soalan saya nk tanya .. 1) Apa cara untuk hilangkan rasa loya ? saya rs loya smpi tkde selera nak makan. 2) Darah saya rendah, ada tak cadangan pemakanan yg penuh nutrisi untuk saya tingkatkn lagi darah saya . 3) Saya nak tau apa contoh makanan nutrisi yg elok untuk makan sepanjang hamil . saya ada masalah tak pandai nak pilih makanan dlm diet saya . Terima kasih.
Waalaikumsalam, 1. Cara untuk hilangkan loya adalah dengan memastikan anda kerap makan dan minum, tetapi dalam kuantiti yang kecil, 5-6 hidangan kecil sehari. Ini untuk memastikan badan mendapat cukup air serta nutrisi yang lengkap. Kenal pasti makanan yang boleh menyebabkan anda berasa loya , dan cuba elakkan. Selain itu, elakkan minum air dengan banyak semasa makan atau sebaik sahaja sebelum atau selepas makan. Bonus point, pengambilan halia terbukti boleh mengurangkan rasa loya dan muntah semasa hamil. 2. Makan makanan yang tinggi zat besi seperti paru, hati lembu, kerang dan sebagainya bersama makanan yang tinggi vitamin C. Jarakkan pengambilan makanan tinggi zat besi sekiranya anda mengambil minum bercaffeine ( kopi, the, coklat ) , susu kerana ini boleh menghalang penyerapan zat besi di dalam badan. 3. Makanan nutrisi yang baik sepanjang hamil adalah makanan yang lengkap dan seimbang. Contohnya makanan yang terdiri daripda sumber karbohidrat, protein , lemak dan serat. Bole
Salam Ms Nurshafiqah 1. Adakah susu kambing sesuai diminum sepanjang kehamilan ? Saya ada terbaca kebanyakan susu untuk ibu mengandung di pasaran tinggi kandungan gula. 2. Perlukah saya makan lebih dari biasa setiap hari untuk kandungan saya ? Saya cuma makan extra bayam dan oren sahaja sebagai tambahan. Setakat ini saya masih belum ada alahan apa-apa makanan. Terima kasih
Wassalam Idu Azhar, 1. Susu kambing boleh diambil untuk namun pastikan ianya telah melalui proses pasteurization untuk keselamatan pada ibu. Elakkan mengambil susu direct dari ladang. Kandungan gula pada susu di pasaran adalah lebih kurang sama, hadkan pengambilan kepada 2 kali sehari. 2. Sewaktu hamil, saranan pengambilan tenaga sehari ada 1660 kalori, dan ia akan bertambah mengikut trimester. Konsepnya, pastikan makanan seimbang serta berat juga terkawal. :)
nursyafiqah