10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

saya merupakan ibu kepada bayi saya yg berumur 10 bulan. saya berhenti kerja sewaktu PKP lepas. sekarang merupakan suri rumah, saya terpaksa berpindah dari kuala lumpur ke ipoh kerana tidak mampu lagi menyewa dan sekarang menumpang di rumah ibu bapa. setiap 2 minggu, saya akan memandu ke kuala lumpur untuk bawa anak anak berjumpa suami atau suami akan pulang ke ipoh jika kerja mengizinkan. saya sekarang menggunakan car seat yang saya perolehi daripada seorang wanita yang memberikan car seat terpakai anak nya. saya jahit semula bahagian fabrik car seat tersebut untuk nampak kemas semula. saya harap bantuan car seat ini dapat memberikan bayi saya keadaan yang lebih selesa setiap kali saya memandu dari ipoh ke kl untuk bertemu suami. terima kasih TAP, Berjaya Sompo & Crolla

Baca lagi