10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Selamat sejahtera 🥰 Saya mempunyai anak perempuan yang akan menyambut hari lahir pertamanya pada 29 Dec 2021 ini. Saya selalu risau apabila dia bermain dalam kereta di atas kerusi dan tidak mahu duduk dengan saya.. Saya ingin membeli car seat yang sesuai untuk umurnya dan selalu meninjau harga car seat yang ada di kedai² berhampiran. Namun, harga tersebut iaitu rm300 ke atas terlali mahal bagi saya.. Saya merupakan ibu tunggal yang mempunyai anak lelaki berusia 2 tahun serta anak perempuan berusia hampir setahun. Saya hanya bekerja dengan gaji rm1200 dan hanya menggunakan kereta milik ibu. Saya sangat menghargai jika ada yang sudi memberi car seat untuk keselamatan anak saya terutamanya ketika dia mengikuti saya di dalam kereta hampir setiap hari. Semoga TAP & Crolla sentiasa maju dalam perniagaan aminn 🤲🤲 Terima kasih. ❤️

Baca lagi