10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

assalamualaikum dan salam sejahtera.. terima kasih TAP dan Crolla kerana membuat bantuan seperti ini untuk keluarga yg kurang berkemampuan. saya sangat berharap saya terpilih untuk menerima bantuan car seat ini, disebabkan pendemik covid19 pendapatan keluarga kami terjejas. suami saya diberhentikan kerja dan untuk mencari nafkah dia mengambil upah membersihkan jalan raya dan halaman rumah org. saya pula menjual kerepek dari rumah dan akan menghantar tempahan kerepek ke rumah pelanggan. saya sangat memerlukan car seat untuk anak saya kerana semasa menghantar tempahan saya terpaksa membawa anak saya yg berumur 1tahun 3bulan bersama dan meminjam car seat saudara-mara memandangkan tiada yg menjaga anak saya dirumah. dengan adanya bantuan seperti ini dapat meringankan beban kami sekeluarga dan amat kami hargai. semoga pihak TAP dan Crolla terbuka hati untuk memilih saya. aamiin

Baca lagi