Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.
Saya Nik Nor Safika bt Nik Azman merupakan ibu kepada Nur Ariana Qalesya bt Mohd Shaifuldin yang berumur 2 tahun 8 bulan.
Tujuan saya ingin memohon car seat untuk anak saya adalah kerana saya tahu betapa penting penggunaannya demi keselamatan khususnya kepada kanak-kanak.Sejujurnya,saya berasal dari keluarga kampung dan menetap di kampung yang serba kekurangan.Suami saya hanya bekerja kampung sebagai penoreh getah yang berpendapatan hanya RM600.00 sebulan.Saya tinggal di rumah ayah suami saya.Saya hanya suri rumah sepenuh masa.Suami saya juga yang menanggung ayahnya yang dah tua bersama adiknya yang seorang OKU.Mak suami saya pula telah meninggal pada bulan 8 tempohari kerana sakit tua.Selain menanggung saya berserta anak,suami saya juga terpaksa menanggung mereka berdua.
Saya dan suami memang tahu betapa perlunya menggunakan car seat pada kanak-kanak untuk keselamatan tetapi atas faktor pendapatan yang kecil,kami akui kami tak mampu untuk membeli car seat untuk anak kami.
Saya berharap,saya salah seorang pemohon yang terpilih dan bertuah untuk mendapatkan car seat tersebut.
Terima kasih kepada pihak Tuan/Puan kerana menerima permohonan saya ini.Kita hanya merancang,pasti jua hanya Tuhan Yang Maha Esa yang menentukan.
Baca lagi