10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai TAP...Sy seorang ibu kepada 2 orang anak..belum pernah ada carseat..sy seorang perantauan dan selalu balik kampung yang mengambil perjalanan sehingga 6jam..anak saya baru sahaja berumur 1 tahun..jadi dia perlukan perlindungan yang lebih semasa balik kampung. Suami saya hanya bekerja sendiri dan tidak mempunyai pendapatan tetap sejak COVID melanda. Saya amat berharap untuk mendapat carseat untuk perlindungan anak semasa balik kampung. Tak perlu la saya memangku anak sepanjang perjalanan tersebut

Baca lagi