10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

Hai Crolla dan TAP, saya sangat memerlukan sebuah car seat kerana… sudah semestinya untuk melindungi buah hati saya dalam setiap perjalanan jauh mahupun dekat 🥰 Saya dan suami kini berjauhan atas tuntutan kerjanya. Tinggallah saya menguruskan anak seorang diri. Car seat yang sedia ada telah usang, dan ianya adalah car seat terpakai pemberian dari sepupu. Anak sering sahaja meragam dalam setiap perjalanan, sekali gus menggangu konsentrasi pemanduan saya. Hal ini sangat berbahaya, dan saya sangat cakna akan hal ini. Namun begitu, pasca covid yang sedang kita tempuhi sekarang sangat sangat memberi kesan kepada kewangan kami. Lebih lebih lagi, hanya suami sahaja yang bekerja mencari rezeki. Rumah yang kami diami, rumah sewa yang sedang suami diami, bil bil, ansuran kereta, baki yang tinggal hanyalah perbelanjaan harian. Kami tak mampu membelikan sebuah car seat yang selesa untuk kesayangan kami. Saya ingin merebut peluang ini untuk memberikan hanya yang terbaik untuk anak kami dan saya meletakkan kepercayaan yg tinggi dengan Crolla untuk melindungi anak kami serta TAP untuk memberi peluang kami memenangi nya❤️🥺 Semoga dengan kemenangan ini, dapatlah saya meringankan beban yang sedang suami saya galas, anak kami lebih selesa dalam setiap perjalan dan keselamatan nya terjamin. [T]ertarik dengan bantuan carseat, [A]mboi selesanya,hati Mama tertawan, [P]asti pemanduan Mama lebih concentrate; . [C]omel dilindungi di setiap perjalanan. [R]ezekikan lah kami carseat hebat, [O]h Crolla kuyakini, hatiku riang, [L]indungi anakku, jauh dan dekat; [A]langkah gembira bukan kepalang. TERIMA KASIH 🌸
Baca lagi


