10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalamualaikum TheAsiaParent, Saya baru sahaja bergelar ibu pada 17/11/2021. Alhamdulillah, tanpa disangka rezeki saya untuk menimang cahaya mata setelah 2 tahun lebih menempuh alam perkahwinan. Sepanjang tahun 2021 ni, pelbagai dugaan buat keluarga kecil kami. Dahulu saya mengikut suami menetap di Terengganu selama 1 tahun lebih. Awal tahun 2021, saya kembali ke halaman kampung sendiri di Pahang. Dugaan berat buat kami, suami saya mengalami kemalangan sehingga mengalami kecederaan yang sangat teruk. 5 Tulang rusuknya patah, serta seluruh tubuhnya mengalami luka2 berat. Luluh hati saya. Tetapi, saya bersyukur suami saya masih ada di sisi saya sehingga kini. Alhamdulillah suami saya sudah sembuh walaupun tidak sepenuhnya lagi. Sekarang, suami saya bertukar tukar pekerjaan akibat kecederaan yang dialami. Suami saya tidak mampu melakukan sebarang pekerjaan yang berat2. Pengalaman perit suami saya kena hadapi sepanjang bekerja. Dibuli pihak atasan, selalu di marahi, di maki, perli dan cacian selalu dapat sehingga diberhentikan terus. Kini suami saya hanya mampu bekerja mesen rumput demi sesuap nasi buat keluarga kecil kami. Rezeki buat saya, ayah saya memberi saya sebuah kereta sebagai tanda hadiah kerana telah melahirkan cucu. Jika saya mendapat Carseat ini. Saya bersyukur sangat2. Sekarang anak saya telah berusia 23 hari. Saya berharap, anak saya dapat menggunakan Carseat ini memandangkan keterbatasan kemampuan kami untuk membelinya . Semoga pihak TheAsiaParent dapat memberi peluang dan hadiah ini buat saya serta untuk anak saya. Terima kasih banyak2. Moga hadiah Carseat ini memberi makna kepada keluarga kecil kami.

Baca lagi