10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalammualaikum dan salam sejahtera.. Ini bukan cerita rekaan, tapi realiti.. Saya ingin memohon untuk anak pertama yang bakal dilahirkan tahun 2022.. Memandangkan kami kurang berkemampuan dari segi kewangan, persediaan menyambut bayi belum dapat disediakan.. Saya dan suami bersama-sama bekerja sebagai penjual baju yang kami jahit sendiri untuk living survive.. Sejujurnya income jualan tak seberapa, nak bayar sewa rumah tak mampu, sekarang pun dah 2 bulan tertunggak.. Untuk bulan Disember pun duit sewa belum cukup.. Segala urusan ada bukti dengan tuan rumah.. Bil elektrik pun tertunggak 3 bulan.. Perbelanjaan makan minum bergantung pada hasil jualan tapi setelah ditolak kos modal, maksudnya baki duit untung tinggal.. Jualan tidak meriah, ada juga sampai 4 hari pun pernah tidak ada pembeli.. Jadi dalam sebulan kiraan kasar jualan tidak sampai 15 helai.. Kereta yang digunakan kereta secondhand tahun 2006.. Nak beli carseat yang secondhand pun tidak mampu, memandangkan keadaan ekonomi kami yang amat kritikal.. Dalam keadaan saya tengah mengandung memerlukan makanan yang sihat untuk bayi, tapi saya makan apa yang ada sahaja walau pun nasi berlauk telur goreng.. Keadaan sekarang susah untuk mendapat peluang pekerjaan.. Suami juga tidak dapat bekerja sepanjang 2 tahun disebabkan PKP yang sentiasa bersambung.. Duit simpanan yang tidak seberapa juga habis digunakan untuk survive sepanjang tempoh PKP.. Bantuan kerajaan juga digunakan untuk membayar sewa rumah.. Saya mohon jasa baik untuk dapat bantuan carseat dari TAP dan Berjaya Sompo, untuk memudahkan urusan ke klinik / hospital.. Mohon pertimbangkan keadaan saya.. Terima kasih..

Baca lagi