10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Assalammualaikum & hai TAP... Anak sy berumur 2 tahun 1 bulan pd bulan disember ni dan bakal mendapat adik tidak lama lagi. Dengan keadaan ekonomi keluarga yang sangat kritikal pada masa ni menghalang kami sebagai ibubapa untuk membeli car seat yang baru untuk anak kami memandangkan suami saya telah hilang pekerjaan sejak dari PKP lagi. Car seat yang sedia ada tidak lagi mampu menampung saiz anak kami dan car seat tersebut akan kami gunakan untuk bakal adiknya nanti. Walaupun anak saya berumur 2 tahun tapi saiz badan nya yang agak besar dan sangat lasak membuatkan dia tidak lagi sesuai untuk duduk di car seat yang sedia ada. Sy pernah terfikir untuk membeli car seat booster kerana harganya yang murah tapi ianya belum sesuai untuk anak saya kerana dia belum pandai dan belum faham untuk menggunakan seatbelt kereta. Ini amat membahayakan keselamatannya. Saya terpanggil untuk menyertai pertandingan ini kerana memikirkan hal keselamatan anak saya semasa berada didalam kereta dan saya tidak mampu untuk sentiasa memangku anak saya kerana keadaan perut saya yang semakin membesar. Oleh itu, saya berharap dan sangat berbesar hati sekiranya terpilih untuk memenangi bantuan car seat ini... Terima kasih TAP

Baca lagi