10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ Saya mengharapkan bantuan car seat untuk keluarga kecil saya ini kerana hanya suami saya bekerja dan saya seorang surirumah sepenuh masa mempunyai anak kecil berusia 1thn8bulan. Sekarang sedang menunggu kelahiran bayi kedua bulan disember ini. Saya biasa memandu seorang diri dan pengalaman mengajar saya untuk lebih berhati². Saya sangat memerlukan car seat kerana di musim pandemik ni saya tidak mampu untuk berbelanja lebih membeli car seat. Buat masa ini perbelanjaan lebih kepada barang keperluan anak sulung seperti pampers dan susu juga barang keperluan untuk bayi yang bakal lahir disember ini. Saya juga sangat memerlukan car seat bagi memudahkan saya membawa anak check up di klinik. Kadang suami terpaksa ambil cuti dan saya juga terpaksa ambil tarikh yg sesuai untuk check up di klinik bagi mengurus anak kami bergilir. Dengan bantuan car seat ini kami dapat berikan keselesaan dan memastikan keselamatan anak² juga lebih mudah mengatur masa dan menguruskan anak². Terima kasih kerana memberi peluang kepada kami moga ada rezeki anak² untuk bantuan car seat ini إن شاء الله 🤲🏻

Baca lagi