10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!

Istimewa untuk semua pengguna TAP yang kurang berkemampuan untuk membawa pulang 10 LAGI BANTUAN CAR SEAT dengan kerjasama Berjaya Sompo Insurance dan Crolla. Di atas penyertaan yang menggalakkan bulan Oktober dan November yang lalu, bulan ini kami mencari lagi 10 parents TAP yang memenuhi kriteria untuk membawa pulang Car Seat Istimewa daripada Crolla. Jom klik 'SERTAI' di bahagian Pertandingan sekarang! Selamat maju jaya semua parents TAP🥰

10 Bantuan Car Seat Bulan Disember Kini Berlangsung!
140 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hai Crolla dan AsianParents. Saya seorang surirumah, dan mempunyai 2 orang anak yang masih kecil. yang sulung 2 tahun 4bulan. Yang kedua baru menyambut hari kelahirannya yang pertama pada 2.12.2021 haritu. Tidak berpeluang mampu untuk membelikan dia hadiah. Banyak lagi keperluan. Sambutan disambut kecil-kecilan sahaja kerana kekangan kewangan. Namun, saya tahu akan kepentingannya car seat untuk anak². Terutama anak yang masih kecil. Amatlah bahaya jika saya memegang dia dan duduk dihadapan. Atau jika saya memandu sendiri dan memegangnya dipangku Saya percaya Carseat Crolla ni, anak akan lebih selamat dan selesa dan terjaminnya keselamatan anak . Saya berharap ada rezeki untuk anak saya, Ayra untuk mendapat carseat ini. terima kasih kerana menganjurkan pertandingan amal ini. Semoga rezeki berpihak pada anak saya memenangi giveaway ini . amin. Terima kasih 😘

Baca lagi