Lepak Minum Petang Dengan Sajian Pemanis Mulut Bersama Keluarga di Genting Highlands
Inginkan suasana rehat yang selesa sambil minum secawan teh atau kopi panas bersama pencuci mulut yang lazat? Ha.. kini anda boleh menikmatinya di Park Avenue Lounge yang terletak di SkyAvenue, Genting Highlands. Jika ada masa yang terluang, tidak salah untuk anda menikmati hidangan sarapan dan minum petang di sini yang bermula pada jam 9 pagi. Park Avenue Lounge menawarkan pilihan makanan ringan yang menarik. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati Junior High Tea dengan harga RM59 di sebelah tengah hari hingga petang. Anda boleh membuat pesanan minuman kopi, teh atau coklat beserta dengan pilihan pencuci mulut seperti roti sandwich dan banyak lagi. Sekiranya anda juga penggemar makanan manis, anda juga boleh mencuba Eiffel Tower High Tea dengan harga RM98. Set ini menyediakan beberapa pilihan pencuci mulut untuk dua orang seperti kek red velvet, kek keju, macaron dan coklat. Seterusnya anda juga boleh menikmati hidangan English High Tea untuk empat orang yang berharga RM135 sambil mengadakan sesi bonding dengan rakan-rakan atau keluarga sekaligus dapat menikmati kelazatan Medium Roasted Coffees dan Blend Rouge Richard. Set high tea ini bermula pada jam 12 tengah hari hingga 9 malam dan terletak di aras bawah SkyAvenue. Info extra: - Minum petang adalah waktu makan yang wajib diambil untuk mengisi perut. - Biasanya, minum petang ini dihidangkan dengan menu yang ringkas dan bukan dari kategori makanan berat. - Ia dapat melengkapkan diet sihat bagi seseorang individu yang selalu mengamalkannya. - Jika anda mengambil minum petang secara logiknya anda tidak akan terlalu lapar sehingga tiba waktu makan malam. - Minum petang juga penting bagi mengelakkan anda mengambil makanan secara berlebihan di waktu malam.