Minta motivation
Hi ibu2 sekalian. Saya berumur 25 tahun seorang Suri rumah . Sebelum ni saya bekerja anggaran gaji paling2 5k mesti ada dlm tangan tapi suami minta berhenti untuk jadi Suri rumah Dan jaga ibunya yang tidak sihat, saya turuti. Tapi sewaktu birthday saya, saya diceraikan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Husb saya kantoi curang dah banyk kali. Termasuk dengan janda anak 2. Dia ajak rujuk semula tpi dia tertinggal handphone dia Dan kantoi smpai ke tahap dia langgan pelacur sewaktu outstation. Saya tolak untuk rujuk semula. Saya pulang ke rumah parents saya, saya sedar saya Masih sayangkan dia Dan Cuba tnya macam mana hubungan kami. Malah dia pula ckp dia dah dpt perempuan yang dia try Sebelum ni Dan akan berkahwin tak lama lagi. Dia minta jangan gangu hidupnya lagi. Saya rasa kecewa sngt. Ibu2 mcm mna nak move on dengan zuriat dia dalam perut ? Kdg2 saya sedih bila sakit perit mengandung saya urusakn sendiri. Drive pergi klinik semuanya sorg diri. Saya kdg2 down dah tk rasa happy mengandung. Smpai kdg saya rasa nk endkan life kami berdua sebab terlalu letih dengan ujian. Dia tk pernh ambil tahu pasal ank ini langsung. Ini anak pertama saya. Macam mna ye ibu2? Apa yang perlu saya buat?
Awak, berat ujian awak. Tapi kat sini awak masih 'drive ke klinik walaupun sendiri untuk check up baby' betul? Maknanya walau dalam kepayahan, hati awak masih sayang anak dalam kandungan tu, awak masih ada jiwa seorang ibu. Bayi tak salah awak, bukan dia yang pilih siapa yabg akan jadi ayahnya, sebaliknya kitalah pilih siapa suami dan bakal ayah kepada anakanak kita. Penat tu biasa wak, awak boleh rehat, tenangkan diri dulu okay? Tapi mengalah tu tak okay, jangan berhenti berjuang ya. Jauh dah perjuangan awak, jangan siasiakan sebab lelaki yang tak reti menghargai macam dia ya? It's okay, saya tahu susah tapi awak kena buktikan dekat laki tu yang awak mampu tanpa dia, laki ni nanti dia yang menyesal and buktikan dekat anak awak yang ibu dia kuat. Kalau rasa terlalu beban, jumpa kaunselor dekat hospital ya. Saya faham susah nak mulakan hidup baru, besar dugaan awak semakin besar ganjarannya nanti inshaAllah. Saya pun pregnant 5bulan, ada depression dan anxiety. Kadang rasa nak mengamuk, marah, tarik nyawa sendiri sebab beratnya hidup. Tapi anak ni tak salah. Kan? Saya cuba jadikan kandungan saya sebagai sumber kekuatan. Mungkin awak pun boleh cari sumber kekuatan baru awak. Pasal ex, lupakan je. Cuba awak sayangi diri awak. Lepastu awak akan rasa 'berbaloi ke aku sedih sebab lelaki macam tu' 'sekarang dia tengah enjoy, esok lusa dia yang menyesal, bukan aku' dan awak akan rasa awak layak dapat yang jauh lebih baik dari dia. Awak ibu yabg kuat, awak isteri yang baik sebab sanggup berkorban untuk dia. Awak cukup tapi ex awak yang tak pernah puas dengan nafsu. Lagi satu awak, bahayalah hidup dengan lelaki macam tu, takut macammacam penyakit kelamin dibawanya pada awak nanti. Move on, iya, susahkan? Tapi awak cuba ya? Jangan tunjuk awak lemah depan ex awak. Kadang ego ni perlu tau. Simpan sikit ego dalam hati awak. InshaAllah anak dalam kandungan tu mampu bahagiakan awak satu hari nanti. Awak jaga diri ya ibu! Kalau masih bersama pun kesian nasib anak awak nanti, lagi kecewa tengok ibunya dikecewakan oleh ayahnya sendiri. Buka buku baru. Slowly but surely. Awak boleh 🌹
Baca lagisy paham apa awk lalui skrg ni. sy pun dlm proses cerai dan tgh pregnant skrg ni. mmg x mudah nk lalui hari² menangis hantuk kepala kt dinding. perut rasa panas semacam tambah plak baby tendang non stop stp kali sy sedih. mmg kecewa sgt suami x mengaku anak, x dtg jenguk sy langsung, anak dlm perut pun dia xnak amik tau. sy tpksa berhenti kerja sbb terlalu tertekan dan nyaris kehilangan baby. dh la sebelum ni pernah gugur anak. x snggup sy nk lalui sekali lg. nasihat sy awk cuba jmpa doktor kt klinik kesihatan minta rujuk ke pakar kaunseling. sjk sy join kaunseling mmg doktor ajar cmna nk kawal perasaan, cara nk move on, mcm ada kwn la yg bleh dgr masalah kita tp kwn yg sgt membantu. skrg jiwa sy tenang sikit x sbr nk selesaikan bicara cerai hujung bulan ni. hati sy dh xde tuk suami dh x berharap nk rujuk dgn dia. sy cuma pikir psl anak. suatu hari nanti org² cmni akan menyesal dgn apa dia buat. semoga dpt balasan sebaik² balasan di dunia dan akhirat nanti. harap awk tabah sis
Baca lagiada org kalau jd mcm ni,dia syg sgt ank dlm rahim tu. ada org,dia akn benci ank tu sbbkn ayh dia mcm tinggalkan dia,sakiti dia. awk please move on. xboleh hrpkn pd dia dh. sekalipun korang bersama balik,dia akn tetap ke perangai lama. siap boleh langgan pelacur. xsilap nnti dpt penyakit. anak tu xbersalah. jaga dia elok2 smpai besar. bg kasih syg. nnti anak dh besar,confirm ayh dia dtg cri balik. yg paling penting,lpas bersalin,hbis pantang,sis kembali bekerja,dptkan balik aset2 utk kesenangan hidup kalian berdua. dptkn sokongan dr family,kwn² yg terdekat. in sha Allah semuanya akn ok. jgn sesekali end kan your life. time pregnant ni, hormone xstabil. bila ada masalah,kita akn kerap sedih. awk enjoy your life dgn baby ya. dia cari bahagia dia,awk cari bahagia awk. xmau sedih² lg ya dear. kalau ada masalah nk luahkan,sy ada. boleh contact. in sha Allah. sy sedia mendengar🥰🥰🥰🥰
Baca lagiSemoga awak terus tabah dengan ujian. Tak apa awak, dalam dunia ni baby awak cuma ada awak je untuk bergantung. Awak kena kuat untuk dia. Sekarang mungkin awak stress & letih teramat sebab dikhianati. Tapi baby dalam perut tak berdosa. Cadangan saya awak pergi jumpa counsellor ya. Untuk mental health awak jugak. Yang suami awak tu, awak fikir macam ni je. Alhamdulillah Allah tunjuk semuanya awal. Sakit memang sakit. Tapi laki tak berguna macam tu lebih baik takde dalam hidup awal dari lambat. Awak kuat! Awak boleh. Focus dekat diri awak & baby dalam kandungan je ya. Slowslow bina semula kerjaya awak.
Baca lagiAssalamualaikum ibu2 semua . walaupun kita tidak salin mengenali, terima kasihh sebab banyak tinggalkn comments yang memberi kata2 positif untuk saya . menagis saya baca satu per satu comments yang ditinggalkan. saya tahu skrg saya betul2 down, tpi in shaa Allah, saya janji saya akan bangkit dan kuat demi kehidupan kami berdua akan datang. jika tidak keberatan, saya minta ibu2 juga turut doakan saya untuk terus kuat Dan tabah dalam ujian yang mendatang, saya harap saya redha dengan takdir yang dah ditulis untuk saya. semoga urusan ibu2 juga dipermudahkn dan diberi kesihatan yang baik. terima kasih sekali lagi, tak dpt saya gambarkan betapa bersyukurnya saya dpt meluah disini Dan ramai yang memberi kata2 semangat terima kasih banyak2 -bakal ibu tunggal. :')
Baca lagisaya nasihatkan awak lupakkan je ex suami awl tu. awak mesti kuat, awk mesti moveon. bsr kan anak baik2 dgn tabah. lelaki mcmtu xguna dipandang pun apatah lagi diingat2. nnti baby awk dh lahir. mesti awk akan ada kekuatan bila tgk muka baby tu. awk pasti boleh! saya sendiri pun prnah mengalami nasib mcm awk. tapi saya diceraikan masa baby no2 usia 8bulan. suami kntoi curang. masa mula2 mmg rasa sngt down, yela dia je tempat saya brgantung. saya xbkerja. dlm masa beberapa bulan saya bangkit dan saya bangga dpt lupakkn dia. saya start krja cari duit sendiri. happy dgn hidup yg baru. tapi dia pula trhegeh nak kcau saya balik. saya mls nak peduli hahaahahah.
Baca lagiawak wanita y baik sbb dah korban kn kerjaya dn idup awk utk kuarga..insyaAllah Allah gantikan y terbaik utk awk.Allah pilih awk sbb awk wanita kuat.jgn sia2 kn idup awk ngn ank dlm perut hnye krn lelaki x guna.Awk blh dpt imam y baik utk bwk awk nnt..carilh suami y blh mengemudi bahtera dn jgn teruskan dgn suami y hnye ikut hawa nafsu..tnggungjawab seorang suami dn ayah bkn utk hari ni je..msh pnjang.awk sygkan diri awk ngn ank dlu.awk blh..awk msh ade parents.kuatlah demi agama ngn ank..jgn kerana lelaki tu awk nk akhiri hidup dgn perkara y d murka
Baca lagiHi mommy. Allahuakbar. Beratnya ujian mommy. Moga mommy dapat banyak kan istighfar. Pengakhiran hidup bukan solusi nya. Dan ditabahkan juga mommy mengharungi ujian ni. Mungkin ini waktu nya mommy mendekatkan diri dengan Allah dan keliling kan diri dengan orang yang memberi semangat. Kalau dah bekas suami taknak ambil tahu baik mommy teruskan saja hidup tanpa dia no point ada suami begitu. Minta keluarga yang tolong masa check up. Moga dipermudahkan urusan mommy dan terus kuat demi anak dan hidup kerana Allah ya. Aamiin ya rabbal alamin
Baca lagisyukur awk di lepas dgn mudah oleh jantan tak guna tu.. kalau tak lepas ni ada anak nnti makin teruk la awk derita... ada hikmah Allah nak tunjuk.. Allah nak bagi awk bahagia lepas ni.. dah jgn di kenang org yg tak guna... awk fikir je baby dan diri awk bahagiakan diri awk dan baby tu.. minta petunjuk pada Allah insyaallah awk kuat. saya doakan awk kuat dan bahagia lepas ni.. lepas je awk pantang cari kerja balik cantik kan diri awk.. bahagia kan diri awk moveon dari jantan tak guna tu Allah sentiasa bersama awk
Baca lagiSemoga dipermudahkan segala urusan awak. Kuatkan semangat demi anak, anak tu pn darah daging awak. Awk masih muda, jauh lg perjalanan hidup. Mntk tlng mak ayah doakan awak, insyaAllah segalanya dipermudahkan. Move on plss. Jgn cari laki tu dh. Allah dh tunjuk dia bukan lelaki yg baik. Kalau masih bersama dgn dia, lg teruk kesan mental kt awak. Sekali mental anak. Kuatkan semangat!💪🏻💪🏻 lepas bersalin, berpantang, cari kerja balik and kumpul aset utk diri sendiri and anak okay!
Baca lagi