Minta motivation

Hi ibu2 sekalian. Saya berumur 25 tahun seorang Suri rumah . Sebelum ni saya bekerja anggaran gaji paling2 5k mesti ada dlm tangan tapi suami minta berhenti untuk jadi Suri rumah Dan jaga ibunya yang tidak sihat, saya turuti. Tapi sewaktu birthday saya, saya diceraikan dalam keadaan mengandung 6 bulan. Husb saya kantoi curang dah banyk kali. Termasuk dengan janda anak 2. Dia ajak rujuk semula tpi dia tertinggal handphone dia Dan kantoi smpai ke tahap dia langgan pelacur sewaktu outstation. Saya tolak untuk rujuk semula. Saya pulang ke rumah parents saya, saya sedar saya Masih sayangkan dia Dan Cuba tnya macam mana hubungan kami. Malah dia pula ckp dia dah dpt perempuan yang dia try Sebelum ni Dan akan berkahwin tak lama lagi. Dia minta jangan gangu hidupnya lagi. Saya rasa kecewa sngt. Ibu2 mcm mna nak move on dengan zuriat dia dalam perut ? Kdg2 saya sedih bila sakit perit mengandung saya urusakn sendiri. Drive pergi klinik semuanya sorg diri. Saya kdg2 down dah tk rasa happy mengandung. Smpai kdg saya rasa nk endkan life kami berdua sebab terlalu letih dengan ujian. Dia tk pernh ambil tahu pasal ank ini langsung. Ini anak pertama saya. Macam mna ye ibu2? Apa yang perlu saya buat?

28 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
TapFluencer

Hi mommy. Allahuakbar. Beratnya ujian mommy. Moga mommy dapat banyak kan istighfar. Pengakhiran hidup bukan solusi nya. Dan ditabahkan juga mommy mengharungi ujian ni. Mungkin ini waktu nya mommy mendekatkan diri dengan Allah dan keliling kan diri dengan orang yang memberi semangat. Kalau dah bekas suami taknak ambil tahu baik mommy teruskan saja hidup tanpa dia no point ada suami begitu. Minta keluarga yang tolong masa check up. Moga dipermudahkan urusan mommy dan terus kuat demi anak dan hidup kerana Allah ya. Aamiin ya rabbal alamin

Baca lagi