First baby 9 bulan tapi dh mengandung second baby. Siapa ada pengalaman?

Hi ibu² nk tanya,ade x kat sini yg ank dia 9 bulan tapi dah mengandung ank kedua? Mcm mana situasi pengalaman ibu² lalui klau rsa x ready padahal mkn pil perancang tambah pula ank skrg ni BF + FM (Dh 2 bulan ank minum Fm) .. buat masa skrg ni belum pergi kk atau mana² klinik lgi utk first scan tapi mmg rsa mcm mengandung sbb suami yg tegur ckp knp perut buncit sgt kemudian mmg rasa perut bergerak gerak, tgok gerakan halus perut dpt rasakan denyutan jantung. Igt bulan depan tunggu suami gaji nk pergi klinik swasta nk check double confirm betul ke mengandung. Dan mcm mana ibu² bgtau family mertua/family sendiri yg diri sendiri mengandung ank kedua? Buat msa skrg ni sy minta husband jgn bgtau lagi dkt sesiapa. Klau betul ade rezeki dlm perut ni igt nanti masa anak genap setahun bru nk bgtahu dkt semua org. Risau juga dgn nurse kk semua tu. Sy cadang xnk buka buku pink dkt kk bole ke? Klau buka check up dkt klinik swasta mcm mana ye? Nanti nj bersalin hosp kerajaan bole x wlaupun x buka buku pink dkt kk?siapa ada pengalaman share la klinik swasta mana yg ok dan berpatutan harga. BTW sy stay area Muar,Johor... TQ #firstmom #pleasehelp

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

hi awak. 1) sebelom direct pergi scan, awak dah check upt belom? kalau belom lebih baik awak confirmkan dulu dgn check upt. guna brand upt yg jenis high sensitivity mcm dipp&tell 2) perut muncit tak menentukan kita pregnant je dear. sbb sy tak pregnant pon, tp perut muncit juga. sy ambik depo. dan 2nd baby sy fully breastfeed. perut sy muncit sbb sy mmg sejenis yg xsuka pakai bengkung. atau sapu cream panas😅. tak exercise dan tak jaga makan pon boleh sebabkan perut muncit juga awak. 3) kita tak boleh dengar bunyi jantung baby melalui sentuhan tangan. awak sendiri pon tak pasti kedudukan position jantung baby dlm rahim awak dekat mana. sebab tu wujud nya doppler. atau mesin scan. mungkin yg awak rasa denyutan tu adalah nadi awak sendiri. 4) andaikata awak betul2 pregnant, teruskan kehamilan awak. sy setuju dgn komen mommy lain, bila dh masok 2nd trimester baru inform family. awal2 better awak dn suami diamkan dulu. just awak focus jaga kandungan. apa2 perancang yg kita ambil ni keberkesanannya adalah 99% sahaja. still tetap ada risiko nk pregnant cuma xtinggi. sepatotnya buat double triple protection, jgn bergantung semata2 dgn pil perancang dan anggap ooh selamat xpregnant. salah tu awak. 5) xperlu risau dgn nurse kk nak bising. sbb dlm app ni ramai je mommy yg pregnant jarak rapat. awak patot risau kesihatan awak. nurse bebel sebab sygkan kita. boleh je nak buka buku swasta. cuma awak kena pandai cari klinik/hospital swasta yg ada package murah. mcm sy 2nd baby mmg fully check swasta sbb xboleh commit dgn time kk. masa buka buku pink sahaja sekali dgn ubat rate harga 250. monthly checkup rate harga dlm 150~300. tengok juga kalau ada kena ambik test pape rate harga jadi mahal balik la. dan sy bersalin hospital gov. nurse kk tahu je sy pregnant. by the way sy pregnant jarak dkt juga masa baby 1st setahun 2bulan sy pregnant 2nd baby. apa2 pon sy doakan urusan awak dipermudahkan. jangan stress okay🌻

Baca lagi
7mo ago

100% setuju dengan sis @anon. cukup lengkap jawapannya 👍🏻

Awak dah confirm buat UPT ke? Kalau rasa2 mengandung nie, perut buncit, tgk gerakan halus, x betul2 confirm pregnant tu.. Lagi 1 awak x boleh rasa denyutan nadi baby guna tgn ye. Tu bukan denyutan jantung baby. Kalau guna tgn dah boleh rasa denyutan jantung tu senang lah keje nurse kt KK tu x perlu guna droppler semua tu. Apa2 pun kalau belum check UPT, check dahulu. Nk scan tu tgg mcm awak ckp kt atas tu okay sahaja. Better awak dan husband diamkan dahulu kalau ada rezeki. Dah masuk trimester 2 baru bgtahu family dan family mertua. X perlu risau dgn nurse KK tu. Patutnye awak perlu risaukan diri awak, fizikal dan mental awak. Nk jaga anak2 yg rapat nie bukan senang. Nurse2 tu die marah pun sbb diorg risau pasal diri awak. Tu sahaja. Kalau bebel pun nk buat mcm mana dah rezeki kan 😅 kalau awak rasa selesa nk buka buku kt swasta pun okay sahaja. Apa2 pun sy doakan semoga urusan awak dipermudahkan.

Baca lagi

Yang pasal bukak buku pink dekat swasta tu saya boleh jawab. Boleh je checkup dekat swasta tapi make sure klinik tu ada buku pink jugak. Nanti boleh je beranak hosp gov. Saya macam tu jugak. Cumanya dah hujung2 mengandung tu saya check up dekat kk. Nurse kk pun layan elok je baik je. Diorg tak marah pun if checkup swasta. Lepas dah bersalin bagitahu je nurse kk yg awak dah bersalin. Dia akan dtg check dekat rumah macam biasa je.

Baca lagi

cek upt dahulu. tak faham mcmn boleh rasa denyutan jantung baby. sis kena pastikan dulu pregnant atau tak. soal buka buku pink kat kk atau bukan kk, kenapa nak ambil peduli sgt sal mulut nurse. nurse mbebel ada sebab. sekiranya tak pregnant lagi, kena hati2 lepas ni. double protection.

Mcm saya anak 10 bulan dpt tau pregnant kali kedua, now 7minggu ank 11 bulan mcm tu.. xbgtau kt sapa sapa lg tggu anak 12bulan bru nk bgtau😅

Sis dah check upt?