Kurang tidur
Hi ibu2 disayangi, Anak saya berusia 6 bulan hari ini, Tetapi susah nak tidur pada waktu siang. Kadang2 hanya 2-3 jam sahaja. Masa lain dia tahan matanya. Pernah tak tidur dari 12pm-6pm. Tapi bila berjaga dia tak meragam pun. Dah menyusu, didodoi, cuba dibuai , dia tak nak tidur. Bila waktu malam tiada masalah tidur. Biasanya Dia akan tidur dari 6.30pm sampai esok 7,8 pagi. (ada bangun, untuk menyusu) Nak tanya pengalaman ibu2, ini normal ke ? Ini anak pertama saya. Risau sekiranya kalau bayi tak cukup tidur waktu siang boleh bawa apa2 kesan di kemudian hari. Terima kasih