✕

22 Balas

Expert

Salam sejahtera buat puan. Untuk makluman puan, terdapat pelbagai jenis kaedah perancang yang terdapat di pasaran. Setiap kaedah ini mempunyai kelemahan dan kebaikan tersendiri. Saya kongsikan jenis-jenis kaedah perancang yang boleh puan dapati serta kelemahan dan kebaikannya secara ringkas. Pil perancang kehamilan: Terdapat dalam dua jenis iaitu jenis kombinasi dan progesterone sahaja. Kedua-dua jenis pil perancang mengandungi hormon dan boleh menyebabkan kesan sampingan seperti kitaran haid yang tidak teratur, pendarahan antara haid atau pendarahan berpanjangan. Pil perancang jenis kombinasi boleh menyebabkan peningkatan berat badan dalam sesetangah wanita. Pil ini adalah kaedah yang paling murah dan mudah didapati, namun disebabkan ia perlu diambil setiap hari sesetengah wanita mudah terlupa dan menyebabkan keberkesanannya berkurangan. Perancang jenis suntikan: Perancang kehamilan jenis suntikan adalah suntikan hormon progesterone ke dalam otot (Intramuscular) untuk mencegah kehamilan. Seperti pengambilan pil jenis progesteron sahaja, suntikan ini juga boleh memberikan kesan sampingan terhadap kitaran haid seseorang. Suntikan ini biasanya diambil setiap 3 bulan sekali. Perancang kehamilan secara implan: Perancangan keluarga secara implan mengandungi hormon yang sama seperti suntikan. Perbezaannya, implan bersaiz kecil yang mengandungi hormon ini dipasang di bawah kulit dan boleh bertahan sehingga 3 tahun. Intra Uterine Device (IUD) - Alat pencegah kehamilan di dalam rahim: Kaedah terakhir adalah alat IUD iaitu pencegah kehamilan yang dimasukkan ke dalam rahaim. Terdapat 2 jenis alat IUD iaitu yag mengandungi kuprum dan yang mengandungi hormon. Kebaikan alat IUD adalah ia boleh bertahan sehingga bertahun-tahun. Alat ini juga kurang menyebabkan kesan sampingan secara sistemik. Namun IUD jenis kumprum boleh menyebabkan pendarahan haid yang banyak. Saya berharap keterangan yang saya berikan ini sedikit sebanyak dapat memberi pencerahan tentang jenis-jenis perancang kehamilan yang boleh puan dapati. Terima kasih.

wahhh terima kasih sis . info yg sangat baik😊

Sy pilih merancang sendiri ja sis lpas bersalin anak pertama lgsung x pernah mkn pil perancang. Skrg tgh preggy ank ke2 dgn kemahuan sndri(suami isteri) sbb ank 1st dh 2tahun 2bulan. Mmg akn sentiasa susah hati bila merancang sndri lebih2 lgi klau anak masih bawah umur 1tahun.

Haah lepas bersalin dia tya saya. Says pun xterfikir lagi psl prncang sbb tgh excited bru dpt bby. 😅 pastu dia tya tu kita pn xthu jugak nk plih yang mana sbb xslidik satu2 lgi

VIP Member

Kalau rasa yakin, try rancang sndri... Klau rse x yakin bleh amik perancang...mcm sy, sy x pandai nk rancang sndri n x yakin sbb anak kecik lg, so sy amik inject depo... Tapi perancang ni pun ikut badan kita jugak... Ada tu sesuai ade tu x... So kne tgok mana yg okay

Ouh...

Kalau rasa berani nak rancang sendiri tak payah pakai apa apa . Tapi senang kalau pakai uid sbb setiap 4 tahun baru tukar cuma banyak terbaca dia terkeluar dari tempat . Kalau implan mahal so better cucuk depo setiap 3bulan .

Okey sis. Tq sharing 🌷

Sy rancang sendiri sbb suami pun xsetuju mkn2 ubat n cucuk2 even pas pntang nurse bising2 suh cucuk...kami setuju rncang sdri..sng nk rncg preg bila..pilihan masing2😂😂😂😂😂

VIP Member

I inject. Sebab irregular period and takut tak disiplin makan pill. Kena tadah bontot la every three months. Huhu. Sakit juga kena inject.

Sakit dia pelik. After kena cucuk tu, sakit rasa mcm lenguh kat bontot tu 2-3 hari, then exactly two weeks lepas tu, rasa balik sakit macamtu lagi 2-3 hari. Maybe lain orang lain rasa sakit dia 😅😅

VIP Member

Saya czer so kena ambik perancang..saya pilih pill😂 saya siap set jam hari2 untuk jngn lupa mkn ubat

Serakat nie x de sis..saya bru try sebulan..nie bulan kedua saya ambil

Saya rancang sendiri, tak ambik apa-ii IUCD dari klinik, saya tak berani nak ambik apa-ii dari klinik 😅,

Ada banyak sis. macam sy rancang sendiri je. sis boleh pilih msukan iucd ke makan pil ke

Kalau rancng sndri kna guna condom jela sllu kan 🙊

Kira ovulation day je... Klau sangkut da rezeki nak buat mcm mna Kan... Hihihi

xambik apa2 pon lg...

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan