GDM + positive gbs

i down la, kandungan baru 21 weeks dh positive gbs + gdm pula tu. baru first baby dh mcm mcm jd 😞 bila cerita kt someone yg boleh dipercayai mesti ayat diorang “ni baru first baby, dh macam macam ek” lagi down.. tktahu nk buat ape tkde pengalaman. risau, overthink semua ada… apa nk buat… stress pula 😢

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai. Masa pregnant ni kalau boleh kita cuba fikir yg positif saja.. Stress boleh mengganggu pertumbuhan bayi. Sy pun dulu masa first baby, sangat mencabar. Overthink pun ya juga. Tapi, sy fikir apa yang terbaik untuk diri sy dan juga baby dlm kandungan. Kalau rasa down dengan kata2 org yg sis percaya tu, lebih baik jauh kan diri atau mengelak untuk bercerita. Sebab nanti sis juga yang down dan stress. Cuba buat sesuatu, sibuk kan diri buat aktiviti yang sis suka dan buat sis makin happy. Kalau sy dulu, sy suka masak dan buat kerja rumah. Overthink tu memang selalu masa sy pregnant dulu. Tapi, sy lawan balik dgn positif kan apa yang negative tu. Luangkan banyak masa untuk sesuatu yang boleh buat sis happy. Hehe. Jaga permakanan, makan makanan yg berkhasiat. Untuk gdm dan gbs tu, sis mungkin boleh ikut nasihat yg doktor beri. Dulu sy suka sgt bertanya doc bila ada kerisauan sepanjang pregnant waktu checkup. Sebab bukan selalu jumpa kan. Sy prepare awal2 soalan yang sy nak tanya doktor. Boleh juga cari2 maklumat tentang gdm dan gbs ni untuk tambah pengetahuan. Semoga dipermudahkan segala urusan ya ✌️

Baca lagi
10mo ago

Terima kasih, membantu sangat mood saya yg tgh down ni.. semoga dipermudahkan urusan awak 🥰

Hai awk, jgn overthink sgt ya.. Bila awk overthink awk akan -ve thinking n bdn kita jd stress.. Awk kena semangat.. jgn peduli apa orang lain ckp, dorg bukan doc yg dlm bidang perubatan.. Sy GDM HB low & ada cyst.. Pregnant anak ke 3 br sy dpt mcm2 penyakit ginie, first tue sy down n stress, mana nk diet pk bby lg.. Tp sy ikut jew apa doc saran kn.. Alhamdulilah gula sy terkawal, cyst sy makin kecut.. just HB jew sy x naik lg.. tp sy enjoy jew journey pregnancy, awk doa bnyk2.. 😊 Jgn down tau..

Baca lagi
10mo ago

inshaallah. thankyou puan rin. semoga dipermudahkan urusan. aminnn 🥰😇

Awak, saya first baby pun macam awak. Ada GBS + GDM. Take it in a positive way. Kena sentiasa berlapang dada, InshaAllah hati kita akan lebih tenang. 😊 Awak ikut sahaja nasihat doktor. Tak semestinya ada GBS + GDM awak tak boleh enjoy pregnancy journey tu. Setiap orang experience different journey. InshaAllah awak boleh 💪 Apa yang penting dapatkan sokongan daripada suami.

Baca lagi
10mo ago

Yup. Doktor on antibiotic dalam labour room. Berkenaan ambil sample semula, tak pula untuk saya. OBGYN saya ambil sekali je. Takpe awak ikut sahaja kata doktor. 😊

saya 20week hrini second bby..checkup hrini,dpt result +gbs.. rse down jgk kejap.. fikir positif ... dktor on antibiotik 5hri..35week pula ambk sample nk tgok kuman tu ade lg ke x.. hrap nti baik2 sje .. utk awk juga.. innsyaAllah ,amiin..

buat tak tau je org cakap apa..Sy pun first baby pun GBS&gdm ..just control pemakanan je risau baby besar ... tak mau stress" ..hormon mengandung bukan boleh kita tentukan