GDM + positive gbs

i down la, kandungan baru 21 weeks dh positive gbs + gdm pula tu. baru first baby dh mcm mcm jd 😞 bila cerita kt someone yg boleh dipercayai mesti ayat diorang “ni baru first baby, dh macam macam ek” lagi down.. tktahu nk buat ape tkde pengalaman. risau, overthink semua ada… apa nk buat… stress pula 😢

5 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hai. Masa pregnant ni kalau boleh kita cuba fikir yg positif saja.. Stress boleh mengganggu pertumbuhan bayi. Sy pun dulu masa first baby, sangat mencabar. Overthink pun ya juga. Tapi, sy fikir apa yang terbaik untuk diri sy dan juga baby dlm kandungan. Kalau rasa down dengan kata2 org yg sis percaya tu, lebih baik jauh kan diri atau mengelak untuk bercerita. Sebab nanti sis juga yang down dan stress. Cuba buat sesuatu, sibuk kan diri buat aktiviti yang sis suka dan buat sis makin happy. Kalau sy dulu, sy suka masak dan buat kerja rumah. Overthink tu memang selalu masa sy pregnant dulu. Tapi, sy lawan balik dgn positif kan apa yang negative tu. Luangkan banyak masa untuk sesuatu yang boleh buat sis happy. Hehe. Jaga permakanan, makan makanan yg berkhasiat. Untuk gdm dan gbs tu, sis mungkin boleh ikut nasihat yg doktor beri. Dulu sy suka sgt bertanya doc bila ada kerisauan sepanjang pregnant waktu checkup. Sebab bukan selalu jumpa kan. Sy prepare awal2 soalan yang sy nak tanya doktor. Boleh juga cari2 maklumat tentang gdm dan gbs ni untuk tambah pengetahuan. Semoga dipermudahkan segala urusan ya ✌️

Baca lagi
2y ago

Terima kasih, membantu sangat mood saya yg tgh down ni.. semoga dipermudahkan urusan awak 🥰