Boleh tak saya nak meluah?

Hye mummies, boleh tak saya nak luah sedikit dalam niey? Sbb hati saya betul2 sedih skng😔 macam mana yaa nak bagi rahim kuat dan sihat? Saya mengandung anak pertama gugur di fasa 6weeks dan kali yg ke dua 11 weeks 3 days dan skng saya dalam pantang...saya sedih sgt2 sedangkan saya dh jaga pemakanan,dah jaga kesihatan, makan makanan berkhasiat..tapi allah ttp memilih untuk beri sya kehilangan anak...saya kesian tgok suami, kalau kami jalan2 ternampak ibu2 pgg tangan anak, suami selalu pandang dgn mata sayu, saya faham perasaan dia, tapi saya tak tahu, bila check dekat klinik swasta, doktor cakap rahim saya sihat alhamdulillah, saya pun tak ada penyakit yang srs...tapi ntah kenapa saya asyik gugur, 2 kali membuatkan saya trauma,....dan skng saya kene pantang 3 bulan sebelum saya boleh mengandung semula..boleh saya minta nasihat dan pandangan? Apa yg prlu saya amalkan sebelum saya kembali sihat di fasa pantang niey? Terima kasih orang baik..kalau yg nak komen negative tu..sila jangan komen yaa..saya nak yg boleh beri pandangan dan nasihat sahaja.. #bumil

6 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Jangan sedih tau . InsyaAllah lepas nie rezeki lebih baik lepas nie aminn 🤲🏻☺️

Post reply image
3y ago

inshaallah, allahumma amin..terima kasih mendoakan..semoga apa yang awak doakan akan berbalik semula kepada awak🥰 allah lah sebaik2 perancang☺️