Merancang baby 1st

Hye mommy sya baru dpt bby yg prtama. Hari tu p kk, nurse tnya sma ada sya nak mrancang sndiri. Sya jwb ya, nak mrancng sndiri. And then nurse ckp ok mcm tu je. Mmg mcm tu je ka?

12 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hari ini chek nak bagi pesanan kepada semua suami-suami. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘tarik keluar dan pancut di luar’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 500 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘kondom’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 360 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘pil perancang keluarga’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 180 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘suntikan depo-provera setiap 3 bulan’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 120 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘alat di dalam rahim intrauterine contraceptive device atau IUCD’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 16 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘Alat di dalam rahim berhormon atau Intrauterine system atau IUS’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 4 orang isteri akan mengandung juga. Jika 2000 pasangan suami isteri menggunakan kaedah ‘susuk implant’ untuk merancang keluarga, dalam masa satu tahun saja, 1 orang isteri saja mengandung. Jadi hari ini, chek nak anda semua fikirkan dan berbincang dengan isteri masing-masing, jika anda mengandung esok, adakah isteri anda akan menangis dan datang mencari saya untuk meminta menggugurkan kandungan atau adakah anda akan redha dan terima kehamilan itu? Kemudian chek nak anda semua ambil tahu apakah kaedah merancang keluarga yang anda dan isteri sedang gunakan sekarang. Anda juga perlu tahu, menggugurkan kandungan itu bukan kaedah merancang keluarga, tetapi membunuh anak. Jadi, jika anda rasa anda dan isteri belum bersedia untuk hamil esok, dan akan menangis-nangis mencari doktor untuk permintaan menggugurkan kandungan, chek nak nasihatkan cuba usahakan kaedah merancang keluarga yang paling berkesan hari ini. Anda juga perlu tahu, selagi isteri anda belum menopos dan masih lagi ada haid, maka masih boleh mengandung, walaupun usia sudah mencecah 40-an. Umur 44 tahun tu, kebanyakan wanita belum menopos lagi tau. Bila tiada haid selama 12 bulan untuk wanita berumur 50 tahun ke atas, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Bila tiada haid selama 24 bulan untuk wanita dibawah umur 50 tahun, baru boleh kata dah menopos dan boleh berhenti kaedah merancang keluarga. Secara purata, usia menopos ialah 51 tahun. Jika tak pasti dah menopos atau tidak, sila berjumpa dengan doktor, toksah tanya kat sini tau, pasai chek tak balik rumah semalam sampai pukul 3 pagi dan dapat balik rumah 5 jam saja, laa ni kena start kerja dah, chek tak boleh duduk kat dalam media sosial untuk menjawab apa-apa sebab kerja doktor yang REAL hat kerja hospital tau, bukan doktor virtual. Merancang keluarga itu lebih baik dari menggugurkan, dari segi kesihatan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan emosi isteri anda. Jangan lupa, menggugurkan kandungan itu haram kecuali jika ada masalah perubatan tetapi menggunakan kaedah menrancang keluarga itu harus. Sila baca di link ini https://muftiwp.gov.my/artikel/irsyad-fatwa/irsyad-fatwa-umum/1847-irsyad-al-fatwa-ke-146-hukum-merancang-keluarga-kerana-berpendapatan-rendah Jadi chek nak anda semua pikiaq hari ni, bincang bersama isteri anda hari ni, dan jadilah suami yang penyayang. Sekian, terimakasih Prof Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Ingat tau, toksah tanya soalan di ruang komen, chek nak buat dua Shirodkar cerclage hari ini untuk ibu-ibu hamil yang datang menangis kat chek sebab pernah kehilangan anak sebab pernah terbersalin terlalu pramatang. Chek sebuk. Chek ada banyak kerja menyelamatkan kandungan.

Baca lagi
3y ago

most wc🥰. saya suka baca posting dr page fb doctor imelda. bnyk ilmu doctor share yg boleh buka mata kita😁