Anak tak nak makam nasi... saya risau!!
Hy mommy semua... nak tanya pengalaman mommy lain ada tak anak yang tak nak makan nasi.... mee, bihun, sayur, buah, ayam, ikan, daging ok je makan... tapi bila nasi je terus tak usik.... ada tips tak macam mana nak kasi dia makan nasi....
6 Balas
Latest
Recommended

Tulis jawapan
Mee, mihun pun ok dah sis. Pasta pun ok. Sebab semua tu carbo juga. Anak saya dulu macamtu. Nak bagi makan nasi memang boleh gaduh. Setiap kali checkup dengan paed dia memang saya akan ngadu pasal makan sebab berat dia pun tak naik2. Then paed cakap carbo tak semestinya nasi sahaja. Spaghetti pun carbo. Orang negara lain mana ada makan nasi sangat. So pelbagaikan makanan dia. Makan sikit pun takpe asal kerap. Janji anak sihat 😉
Baca lagiSoalan berkaitan
Soalan popular



