Suami rapat dengan ibu saya

Haritu saya pernah share pasal suami rapat dengan ibu like terlalu rapat. Suami usap kepala ibu masa tengah daftar wad hospital. Suami basuhkan muka ibu sebab ibu baru habis operation tapi berdua dalam toilet. Saya yakin diorang tak buat pape tapi takkan sampai basuhkan muka sebab saya boleh buat semua tu terkejut gila saya baru lepas beli makanan then naik je wad ibu, masuk bilik air nampak suami basuhkan muka ibu. Ibu cakap suami saya yang nak buat. Suami pulak cakap ibu yang minta. Suami suka buat ibu ketawa. Tu saya tak kisahlah tapi bila dia buat saya ketawa, then dia mesti pandang ibu saya sebab nak ibu ketawa sama. Nampak isu ni macam kecik tapi tak. Ibu pernah cemburu bila saya borak berdua dengan suami dalam bilik. Bila saya keluar dari bilik nak join ibu tengok TV, dia hempas barang and terus masuk bilik. Kadang saya borak dengan suami dalam kereta, ibu dah terasa hati sebab tak ajak dia join sekali padahal selalunya memang ajak ibu join sekali. Btw saya tinggal bertiga dengan ibu sebab ibu saya ibu tunggal dan saya pun anak tunggal. Tak mungkin saya akan biarkan ibu saya sorang² kan? Saya tak sanggup nak share benda ni dengan kawan² or saudara sebab aibkan suami dan ibu saya plus saya tahu diorang takde hubungan sulit pun tapi cara diorang boleh undang fitnah bagi saya. Last night saya cuba bincang dengan suami. Saya bagitahu saya rasa macam saya orang ketiga antara dia dan ibu saya. Suami dah mula tunjuk muka menyampah sebab saya tetiba terasa hati. Ya Allah wajarlah kan untuk saya terasa hati? Saya terasa hati pada tempat yang betul. Then saya diam je bila suami dah buat muka macamtu sebab saya taknak dia marah. Then dia tanya saya kenapa saya rasa macamni, saya jawab lah. Saya cakap saya nampak diorang mesra sangat. Baru je cakap camtu suami dah melenting. Dia cakap saya create issue. Then dia tinggalkan saya semalaman. Dia terus keluar rumah. Then takkan nak saya selamanya terasa hati? Apa hak saya sebagai isteri? Walaupun diorang dah jadi mahram masih ada batasnya. Saya dahlah penghidap major depression jenis bpd. Dulu jenis kelar tangan bila marahkan seseorang and sekarang pun rasa nak buat camtu tapi saya balik pada agama balik. Setiap kali nak buat setiap kali tu saya ingat Allah cepat² then saya buang jauh mindset saya untuk kelar. Demi Allah, susahnya Allah yang tahu. Tapi bila ibu saya sendiri, suami saya sendiri buat saya macamni... Allahuakbar... #ingintahu

13 Balas

emm sedihnye, situasi awak ni ibarat diluah mati emak ditelan mati bapak, macam tak kemana. dari penceritaan awak, saya rs mmg MUNGKIN diorang ada perasaan antara satu sama lain. tapi dorang cuba menafikan dan menidakkan dalam diri, tapi dalam waktu yg sama cemburu dan kasih sayang masih dipaparkan dgn memakai beribu alasan. andaikata selepas ni awak berpisah sekalipun suami awak tetap tak boleh kawen dgn mak awak (haram muabbad) cara yg terbaik yg saya nampak ialah carikan mak awak suami, supaya mak awak tak mencelah dalam rumahtangga awak lagi. saya tahu tak mudah, tapi mungkin itu jalan terbaik. mula2 rapat lepas ni apa pulak? macam² boleh jadi. tak kan awak nak telan sorang2 benda ni, mak awak single mom sebenarnya mmg ada kemungkinan tinggi dia menagih kasih dari suami awak. saya ada satu cerita utk jadikan pengajaran. kwn saya ada mak, mak nye janda dah lama dari dia kecik. dari mak sampai lah ke dia, sume muka cantik mix arab pakistan. tp mak dia tak kawen lama, sbb dalam diam bercinta dgn adik ipar sendiri. kantoi dgn anak nye (kawan saya) sorg je. tu pun lepas kawan saya terbukak chat ws maknye dgn ayah sedara tu.. selama bertahun tahun tapi tiada siapa yg tahu. kwn saya pun tak boleh buat apa2 sbb family mmg rapat dgn family ayah sedara dia yg tu, selalu dtg tidur rumah mereka atau mereka tidur rumah ayah sedara tu. yela mak nye mmg rapat sgt dgn adik dia. asal2 mmg rapat camni je bertiga tapi lama2 hmm bercinta pulak. punca mak dia jadi gitu sbb mak dia sunyi dr kasih syg seorang lelaki kata kawan sy, kwn sy nangis2 cerita dgn saya masatu, tp semua tu dh berlalu saya pun tak thu apa update dr kwn saya tu . point saya, mmg dorg tak boleh or tak kan kawen, tapi dorg boleh bercinta dalam senyap, sampai kadang2 ada benda tak elok dorg boleh buat di blkg. bahaya sgt sebenarnya, saya tak tahu nak suggest langkah apa, mungkin awak je boleh fikir step apa untuk buat lepasni. kalau awak diam je, awak mmg akan makan hati jela jawabnya. ni soal serius awak, soal dosa pahala. fikir2 kan lah..

Ya sis, sy salah sorang yg komen yg cakap x patut mcm tu.Cerita sis kali ni pn sy masih berpendapat yg sama.. kenapa sampai x mengaku sape suruh sape yg pasal basuh muka tu, haishh pelik.. lagi satu pasal suami cepat melenting. Itu saaangatt sesuatu. Sy bkn nk tambah keresahan hati sis.. sory ya.. tp entahlah.. bila sis ckp sis ada depression, menampakkan mcm sis je yg jenis overthinking. Sy pn x tau dh sis. Tp cerita2 sblum tu mmg kalau sy pn x boleh terima huhu.. Sis da berapa lama kawen? Sbb pelik sgt suami melenting bila ungkit pasal hal sis terasa hati tu. Bknnye selalu pn sis confront pasal ni kn? Sepatutnya dia akn tenang je explain. Kenapa sampai marah tu bg sy pelik lah, kalau x buat salah kenapa marah. Sis kne duk asing dgn ibu .. x boleh dibiarkan berterusan mcm ni. Sy cuba nk faham ibu rasa lonely sbb xde kwn, tp xkan lah sampai tahap jeles2 cmni. Lain mcm dah ni

setuju dengan semua komen2. - carikan suami untuk ibu. - banyakkan spend masa berdua dengan suami. pergi holiday, date night at least seminggu sekali. jangan kisah kalau ibu terasa hati. ibu kena faham, rumahtangga tu rumahtangga awak. awak ada hak dan tanggungjawab untuk spend masa berdua sahaja, untuk hidupkan rumahtangga tu. lama2 nanti, nak tak nak ibu kena belajar terima benda tu adalah benda normal. - pasang CCTV wireless etc, tengok apa yang diorang buat belakang awak pula. kuatkan hati. kalau tak ada apa2, alhamdulillah. kalau ada, simpan, kumpul bukti. - luahkan pada kaunselor/psychiatrist awak dan minta pendapat dia. kalau perlu, ajak suami pergi couple kaunseling. - doa banyak2 supaya Allah lembutkan hati awak, bebas dari hasad dengki, supaya tunjukkan kalau betul ada apa2 yg tak patut berlaku antara ibu & suami awak.

saya setuju komen ni.... ntah ya sy takut nk komen sgt, sbb takut melukakan ht tt... 😓

sye cbe husnuzon.. mgkin sbb ibu awak sorg ble nmpk awak n suami bborak, dia rse tpinggir.. sblum nie mgkin dia ade awak, tp ble awak da kwen, dia rsau dia kesorangan jd dia cbe utk get involve dgn korg.. hsband plak mgkin x nak rse ibu tpinggir jd dye try nk libatkn ibu/layan ibu baik2.. klu awak nk bfikiran positif, mgkin awak bley abaikn ape yg awak rse/nmpk, & get involve dgn suami &ibu awak.. jgn bg mereka b2 je.. As a hsband, dia ptut buat awak rse secure bknnye lg marah2 melenting tp sbenanye normal je prangai laki mcm tu sbb dia rse mcm bnde tu xde ape, dan kte yg create isu.. mcm yg sye ckp, u need to find a way to calm yourself, to look at everything in a positive way.. Tp klu sye nak hdupkn blek hubungan suami istri, sye akan ajak hsband peg holiday.. n yes that means ibu kne tggl kt rumah..

sis, saya bukan nak tuduh or fitnah tapi dari apa yg sis cerita seriously mmg macam sis orang ketiga, kalau suami sis buat everything tu kat mak dia sendiri saya rasa still okay but ni dekat mak awak, yaa betul mmg dah mahram but batas still batas sis.. please jangan fikir benda ni benda kecik, dari side negative saya benda ni tk normal 😅 banyak sebenarnya nak cakap tapi tknk tambah dosa 🤣. please do something awak kerja tk? zaman skrng dah maju daripada awak dengan kitorang semua fikir lain & boleh timbulkan fitnah baik awak cari bukti, skrng cctv wireless pun bersepah kat shop online, beli yg include ada sound.. maaf cakap yg awak ternampak pun awak dah sakit hati boleh jadi kat belakang awak pun lagi sakit hati.. but saya doakan harapnya keadaan keluarga awak baik baik je ❤️

TapFluencer

Puan, seram pula saya baca ni. Macam ada sesuatu je gaya respond ibu dan suami puan tu. Tak nak bersangka buruk. Dengan doa dan terus berbuat baik, Allah akan tunjuk kebenaran walaupun kita tak siasat. Cuma puan kena ada persediaan mental dan fizikal menghadapi perkara yg tidak terjangka. Puan boleh luahkan perkara ni pada doktor / kaunselor yg me rawat MD BPD puan supaya puan boleh uruskan emosi jika apa2 berlaku ya. Saya doakan Allah kurniakan ketenangan, kasih sayang dan rahmah buat puan dan suami. Allah lindungi puan drpd apa jua mudarat

Betul.. Apapun, kita kena percaya bahawa Allah tidak membebankan seseorang kecuali dgn kemampuan dia menghadapinya.

Muda lagi ke ibu? Suami sama umur dgn isteri ke? Cuba create lebih suasana romantik dgn suami..ckp lebih lembut, buat surprise, dan apa2 yg lelaki suka..bg lebih perhatian kpd suami..ibu mngkin dh lama single jadi dia mngkin dahaga kasih syg lelaki..cuba try cri jodoh utk ibu..mtk bantuan sedara

istikharah, solat hajat.. mintak Allah S.W.T tunjukkan kalau ada yg tak betul.. selebihnya keputusan sis sendiri

Carikanlah bakal suami untuk ibu tu. Minta adik beradik ibu tolong carikan juga.

semoga diberi ketabahan dan jalan penyelesaian secepat mungkin

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan