Suami rapat dengan ibu sangat

Hi just nak luah perasaan. Suami saya rapat sangat dengan ibu saya. Bodoh ke kalau saya jeles? Suami layan ibu sama macam layan saya cuma tinggal tak sebilik dan cium bibir je. Ke saya yang tak normal jeles macamni. Suami suka buat ibu ketawa, and haritu masa daftarkan ibu di hospital, suami usap kepala ibu. Ibu pula kadang cemburu tengok kami berdua sampai tu merajuk kitorang berborak tak ajak dia join sekali. Ahh tak suka perasaan bodoh macamni!

15 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Maaf sis. Bagi saya tak normal! Suami saya pun baik jgakk layan mak saya tapi takde berlebihan mcm tu ye. Suami & mak sis perlu thu batas. Boleh nak layan mak sis dengan baik tapi kalau sis sendiri bagithu yg ‘mak sis pun jealous tngok suami sis layan sis’ bagi saya itu dah lain mcm. Lagi satu, apa yg sis rasa tu tak salah pun sebagai seorang isteri. Kadang perasaan tu hadir bersebab (normal org perempuan rasa berbagai jenis perasaan sbb mmg fitrah kita Allah cipta ada sifat cemburu, marah dan sebagainya). Saya org luar yg baca luahan sis ni pun rasa pelik & overthinking 🤣. Btw ayah sis ada lagi ke? Pendapat saya, baik sis tegur.. kalau sis rasa benda tu sesuatu yg berlebihan & tak patut.. sis direct ckp dengan husband. Jngn biar sampai melarat jadi benda yg kita takkan sangka nak jadi. Tak salah husband sis nak layan mak sis mcm mak sendiri tapi tu lah, nmpak agak sesuatu kat situ. Masalahnya perlu ke sampai nak usap-2 kepala? Allah. Saya betul-2 tak boleh brain. Yg mak sis pun satu, beria nak jealous lebih-2 kenapa? Patutnya dia bersyukur & gembira ada ‘menantu’ yg layan anak dia dengan baik. Haish. Zaman skrg ni sis, mcm-2 boleh jadi.. kadang family sendiri pun kita tak leh nak percaya sangat (bkan nak hasut ye, based on saya punya pemerhatian & pembacaan experience org lain). Semoga sis dapat selesaikan perkara ni ye.

Baca lagi
TapFluencer

dengan ibu sendiri dia macam tu juga ke? ataupun ibu dia dah tak ada, jadi dia cuba nak tumpang kasih sayang ibu mertua? apa2 pun, dia patut kena bezakan ibu kandung dengan ibu mertua. batasnya tak sama. kalau dengan ibu kandung macam tu, boleh faham lagi. sebab suami saya pun kalau salam ibu dia, nanti dia cium kepala sekali etc. ibu sis pun sama, kena ada batas dengan menantu. tak boleh nak manja sangat sampai lahir perasaan cemburu dengan anak sendiri. tak semua benda boleh borak dengan dia sekali. in the end, rumahtangga awak bukan rumahtangga ibu awak. kata kat ibu, kalau suka nampak cara suami awak layan awak, pergi manja macam tu dengan ayah. seeloknya sis bincang heart to heart dengan suami dulu hal ni. minta suami jaga batas, stop apa yang awak rasa tak patut. then kalau ibu awak terasa, awak cakap elok2 dengan ibu pula. buat masa ni seeloknya kurangkan balik kampung sekejap.

Baca lagi

Lain machiamm ye hahaha bytheway korang tinggal serumah ke? Kalau serumah, sebaiknya awak laki bini cecepat laa pindah, tinggal berasingan. Langkah berjaga-jaga je, zaman skrg ni bukan kira. Anything can happen. Rapat dgn mertua is a good thing, tapi kalau sampai wujud perasaan yg takbest centu, maksudnya itu dah melampaui batas la kan. Even kita berhubungan dgn family sendiri pun, mst ada batasan dia walaupun mahram. Org kata cukup sekadar menghormati dan menyantuni. Apapun, communicate dgn suami. Terus terang. Jangan pendam dan jangan di biarkan.

Baca lagi

Sepatutnya walaupun mertua menantu tetap kena jaga batas walaupun mahram. sama juga anak prmpuan dgn ayah kandung atau anak lelaki dgn ibu kandung hormat sebagai ibubapa pun dah cukup sangat. sebab syaitan ni ada di mana2 dan nafsu ni tak kenal kandung ke mahram ke apa, sentiasa hasut utk buat benda jahat. Jadi sama2 ingatkan lah pasangan jgn berlebihan. Kalau saya, perasaan marah lebih dr perasaan cemburu, marah kerana tak sepatutnya bermesraan sampai begitu sekali dan takut benda tak diingini berlaku.

Baca lagi
11mo ago

Betul.

alhamdulillah dpt anak y serapat mcm tu dgn ibu.. xpelh suami tu mencari syurga dia.bt baik pd ibu tu redha Allah.syukur sis kasih suami tu adil utk sis n ibu dia.sbb dua2 perasaan kena jg same penting.xpe sis terap dlm diri sis utk rapatkan jg diri sis pd mil insyaAllah perasaan y xbaik xkn timbul.sy pun syukur dpt suami camtu.. suami dgn ibu dia klau jumpe..peluk..letak kepala atas bahu..gelak2..ssh nk ketepikan perasaan ibu..sy lg suka sebab dpt berkat.dah berapa org ustaz y sy kenal bgtau dpn sy y suami ni anak y baik

Baca lagi
11mo ago

Ntah la kenapa ye cakap mcm tu dkt sis ni, sdgkan sis tersalah baca, tgkkomen pun dah tahu salah baca, yg perli² tu kurg adab sgt nampak nya. Yg perli2 ni tak pernah buat salah ke apa?

bukan nak negatif.. tp tetiba teringat kes kat Indonesia.. mak mentua beringat dgn menantu sendiri smpi ke bilik.. Allahu mintak jauh simpan.. kalau tinggal serumah.. pindah la.. pindah jauh skit.. n luahkan yg Kita xsuka Dan xslesa dgn keadaan Tu.. mmg xnormal pada pandg sy.. mak plak jeles awak borak dgn laki sendiri . fishy sngt huhuhu

Baca lagi
11mo ago

beringat -*bercinta .. typo

maaf cakap bukan nak bersangka buruk, ibu awak level cantik dia macam mana? bagus dahtu kalau dia rapat dengan ibu awak tapi apa yg awak sampaikan agak pelik sikit ni pendapat saya la, kalau awak rasa apa yg suami awak buat tu buatkan awak tak happy then bgi tahu suami. communicate is the key.. jangan simpan

Baca lagi

1. Tinggal sekali ke asing? 2. Ibu tu Ibu Tunggal ke? 3. Instict Adalah Hadiah Dari Allah S.W.T buat wanita. Lagi² isteri Sedia Maklum Kita Di Akhir Zaman. Yang Tak Mungkin Pun Boleh Berlaku. sis perlu suarakan pada suami / pada kedua mereka.

Baca lagi

Pelik sgt. Mak sendiri pulak nak jeles kita rapat ngn laki sendiri. Jeles dgn anak ke jeles dgn suami sis. Better tegur je suami terus. Tk suka ckp je tk suka

Ada beza rapat hormat dgn rapat lain mcm.. smpai usap2 kepala ni pelik.. melainkan ank lelaki sendiri usap kepala mak.. ayah sis kena tegur.