8 Balas
Saya asalnya pasang IUD. Pasang tu memang tak sakit tapi effectnya saya mengalami cramp perut beberapa minggu juga lamanya. Last² g buka semula. Sebab malas nk g amik pil perancang..dan takut terlupa makan ikut masa, saya pakai implanon. Tanam kat bawah lengan. Alhamdulillah xde sebarang effect yg pelik²..tiada pertambahan selera atau berat. Period pun masa bulan pertama je panjang sikit lepas tu kembali regular 7 hari macam biasa dan tetap. Yg penting pergi berbincang dulu. Xde masalah kalau nk rancanh sendiri. Tapi suami pun kena faham dan amik tau. Kalau nak harapkan isteri sorang tak jadi cara rancang sendiri tu. Sebab tak de istilah ‘ter’ kalau nak rancang sendiri. Terbabas…ter lepas sikit..xde..so tepuk dada tanya akal macam mana cara terbaik nak merancang.
wahai ibu. pergilah balik buat depo. sebab menyesal nanti kalau rancang sendiri. kalau jenis yang tahu teliti baguslah. tapi jenis lupa. jangan susahkan diri. saya dulu pun macam kamu. suntik depo sekali tapi nasib saya baik sebab pjj sama suami 6 bulan baru jumpa tapi lepas saja tidak ambil depo sebab rancang sendiri. kesannya mengandung balik sebab kelalaian sendiri. harap ibu jangan buat keputusan terburu. sebab baby baru 4 bulan. saya anak saya 2 tahun pun saya masih belum sedia nak ada baby. itu pun cepat emosi sejak mengandung kedua apatah lagi pjj dengan suami. apa lagi ibu nanti kalau tertibatiba mengandung dengan usia baby masih mudah. tidak salah pun mengandung lagi tapi itulah. kena kuat mental kena kuat hadapinya ya.
The choice is urs. Boleh nk rancang sendiri, tp kena gali ilmu bab nie. Sy suntik depo hampir 1 tahun, mcm2 dah body sy alami, emosi upside down, x dtg period langsung. Tp sy okay je. Tahan je lah untuk beberapa tahun. Sy takut termengandung. Mkn pil sy x komited. IUD sy x berani. So choice sy on je lah depo.
Mcm sy, cucuk depo langsung tak period.. tp sbb sy czer jd mmg sy ambil depo sbb 3 bulan skali baru cucuk kan.. maybe awk x sesuai.. boleh cuba yg lain .. kena ckp dgn nurse simptom2 awk kadang die suggest kaedah yg lain
boleh tukar perancang lain je sis klau rasa xssuai. ada mcm2 jenis,boleh baca dlm buku pink .. nak rancang sendiri kena ada ilmu & 100% kerjasama husband. jgn ingat "lepas" luar tak boleh pregnant ye ..
cerita la dekat nurse tu apa masalah yg awak hadap. nnti nurse akan refer doc la. mungkin akan beri awak perancang lain. saya dah pernah merancang sendiri. mmg tak jadi.. lekat juga sudah nya.
pg klinik balik, mcm2 cara ada nak merancang. iud ade pil perancang ade. x kena depo tukar la cara lain. mybe boleh tukar mkn pil. x semestinya x sesuai depo kena rancang sendiri.
3 thn ambik depo.sama juga saya. kerap sakit kepala..mudah emosi..tapi tahan juga la. sbb pill saya kerap lupa dan asyik muntah2.
Anonymous