Baby kuning lama…

Hari ke 19 baby kuning maintain 12. Dah cuba buat mcm2 masih sama lagi. Doc ckp hari ke 21 if still sama kena ambik darah. Apa lgi petua boleh buat. Saya sedih and kesian tgk baby asyik ambik darah je 😢 Update: dah ambik darah tadi.. sedih tgk baby kena ambik darah 3tube kecik tu. Semoga semuanya baik2 je 😢

30 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Hai sis. Baby saya sebulan lebih prolonged jaundice. Bacaan kuning dia asyik tinggi je. Dah 2 kali kena warded sbb bacaan lebih dari paras lampu. Dalam tempoh 30 hari lepas lahir, mmg dia asyik tidur je. Payah betul nak kejut minum susu (dah cuba pelbagai cara tapi dia tak bngon). Mmg agak struggle jgakk lah (dengan penat fizikal mental, emosi pun tak stabil, tak cukup tidur & rehat tambah pulakk dengan sakit bersalin). Allah je yg thu. Lepas je discharge, kami sekeluarga ikhtiar mcm-2 cara & tips yg org share. Petua-2 org dulu-2 utk turunkan kuning pun saya cuba tapi setiap kali checkup kat kk tak pernah turun. Ada jgakk yg share petua pelik-2 tapi saya tak ikut pun sbb risau jadi benda lain. Kadang sampai stress sbb saya kalau boleh nak bacaan kuning dia turun dalam tempoh 14 hari (sedih tngok asyik kena cucuk setiap kali appt). Sampai lah hari ke 14, bacaan still tinggi. So dr decide nak ambik sampel darah & air kencing. Alhamdulillah. Result semua ok, takde masalah apa-2. Seiring nya waktu berjalan, bulan lepas checkup sebulan (dr check kuning anak saya dah turun.. mata & kulit dia dah tak kuning lagi cuma ada sikit-2 je). Betapa happynya saya. Skrg anak saya dah 2 bulan 3 hari. Makin aktif. Dah pandai ajak sembang. Tidur pun dah tak lama & kerap jgakk menyusu. Berat lahir 3.15kg timbang masa appt bulan lepas dah dekat 5kg. Hehe. Btw kami berdua darah 0 . Susu pun saya mix dengan formula. Jadi utk sis, saya paham perasaan sis. Jngn putus asa berdoa & ikhtiar ye. As long as bacaan darah & air kencing dia normal, sis tak perlu risau ye. In shaa Allah kuning dia akan turun jgakk cuma ambik masa sikit. Yg penting sis jngn stress-2 tau sbb boleh effect susu badan jgakk. Kalau sis nak tips, boleh follow dekat komen-2 kat bawah ni, saya just share pengalaman anak saya kena kuning je :)

Baca lagi