HUGGIES MALAYSIA Cipta Rekod Dengan Acara Paling Ramai Bapa Tukar Lampin Secara Serentak!

Hampir 2,000 peserta hadir untuk meraikan Pergerakan Huggies D.A.D.S. (Dads Against Diapers that absorb Slowly) dan menyertai larian santai Huggies D.A.D.S. Stroller Fun Run yang pertama, sebagai ikrar untuk menentang lampin yang lambat menyerap. Acara tersebut turut berjaya mencipta rekod sebagai “Acara Paling Ramai Bapa Menukar Lampin secara serentak” dalam Buku Rekod Malaysia (MBR) dengan 478 bapa dan bayi mereka. Sebagai antara jenama lampin yang terkemuka di Malaysia, Huggies menerajui pergerakan D.A.D.S. bagi mengiktiraf bapa-bapa abad ke-21, yang memainkan peranan penting dan juga aktif dalam penjagaan si manja. Pergerakan tersebut menyediakan satu platform supaya golongan bapa dapat berikrar untuk memberikan yang terbaik kepada si manja, terutamanya dalam menentang lampin yang lambat menyerap. Kajian mendakwa kerengsaan kulit dalam kalangan bayi paling lazimnya disebabkan oleh lampin basah atau jarang ditukar. Lampin yang basah dan kotor bukan sahaja dapat mendatangkan ketidakselesaan kepada bayi semasa mereka aktif, tetapi juga menjejaskan tidur mereka dan menyebabkan ruam lampin. “Huggies percaya bahawa semua ibu bapa harus meraikan dedikasi mereka dalam mengasuh kanak-kanak mereka. Walaupun terdapat banyak kempen untuk menghargai golongan ibu, kami sedar golongan bapa tidak mendapat pengiktirafan setimpal bagi peranan mereka yang penting dan dinamik dalam keluarga. Justeru, kami ingin menghargai penat lelah golongan bapa, terutamanya dalam membantu menjaga bayi mereka,” demikian kata Pengarah Pemasaran, Kimberly-Clark Malaysia, Martina Jezdikova. “Pergerakan Huggies D.A.D.S. telah diilhamkan bagi mencapai matlamat tersebut. Hari ini, Huggies berbesar hati menyaksikan semua bapa ini dan keluarga mereka datang menyokong pergerakanHuggies DADS, serta menyertai larian Huggies D.A.D.S. Stroller Fun Run yang pertama.” “Lebih menarik lagi, semua bapa di sini boleh berbangga kerana menyertai acara ini yang telah mencipta rekod pertama seumpamanya untuk Buku Rekod Malaysia, dengan paling ramai bapa menukar lampin secara serentak. Ia bukan sahaja memberi peluang kepada mereka untuk mengeratkan silaturahim dengan si manja, tetapi juga menonjolkan kemahiran penukaran lampin mereka yang hebat!” Sejak dilancarkan pada Julai 2019, Pergerakan D.A.D.S. telah menyatukan seramai 11,000 bapa di Malaysia untuk menunjukkan komitmen mereka dalam menentang lampin yang lambat menyerap, sekaligus menunjukkan bahawa tanggungjawab keluarga dalam pengasuhan bayi telah berubah. Acara keluarga ini turut menyaksikan penyertaan selebriti tempatan, media dan pempengaruh yang mengambil bahagian dalam acara penukaran lampin dan larian santai termasuk selebriti Malaysia, Saharul Ridzwan, yang turut begelar bapa, telah memberikan sokongannya kepada Huggies untuk membuka tirai Pergerakan D.A.D.S., di samping menyertai larian santai dan acara mencipta rekod. Larian stroller berjarak 3KM tersebut merangkumi beberapa kios hentian interaktif, yang terdiri daripada permainan melontar gelang, susun suai gambar saiz sebenar, dan satu terowong 3D. Selain mencipta rekod dan larian santai, acara tersebut juga menyediakan pelbagai aktiviti berorientasikan keluarga seperti cat muka, kraf pembentukan belon, kios foto, dan penampilan khas Maskot Huggies. Huggies komited untuk menjadikan penukaran lampin semudah mungkin menerusi penghasilan lampin yang dapat memberikan keselesaan kepada si manja, serta ketenteraman fikiran kepada ibu bapa. Huggies akan terus memberi inspirasi kepada golongan bapa supaya lebih terlibat dalam penjagaan si manja mereka. Untuk maklumat lanjut mengenai Huggies Dry Pants, iaitu Lampin Seluar dengan Penyerapan Terpantas di Malaysia, sila layari www.huggies.com.my.

HUGGIES MALAYSIA Cipta Rekod Dengan Acara Paling Ramai Bapa Tukar Lampin Secara Serentak!
4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Wow, best ni 😍😍

Wahh best nye.. 👍

VIP Member

Waahhh 🤩

Super Mum

Wow !