Pantang 100hari? 6bulan ? Setahun?
Hai,,sy ibu lepas pantang 44hari...sy nak tanya..Buah apa yg kena pantang selepas 100hari ,,atau 6bln atau setahun? LG satu nak tanya,,makanan apa yg kena pantang sampai 6bulan dan setahun?

Sebenarnya tiada istilah pantang selepas bersalin. Apa yg puan alah, elakkan makanan tu. Amalkan diet suku - suku separuh pun memadai. Makan makanan tinggi sumber protein dan Vitamin C untuk penyembuhan luka selepas bersalin. Minum air kosong secukupnya. Elakkan kerap makan manis sbb manisan bantu bakteria membiak. Luka terdedah dgn bakteria. Slow walk minimum 10 minit sbg. riadah pagi untuk peredaran darah yg lancar dan bantu pemulihan luka slps bersalin di samping terima vitamin D drpd cahaya matahari yg elok untuk tubuh. Pendapat peribadi saya istilah pantang slps bersalin bikin saya stress 😅. Saya suka guna postnatal atau pemulihan slps bersalin. Tenang je rasa. Hihi.
Baca lagi


