3 Balas

JAUNDIS 1.0 Jaundis adalah disebabkan oleh darah mengandungi tahap bilirubin yang berlebihan daripada paras normal. Jaundis di kalangan bayi baru lahir disebut neonatal jaundice. Neonatal bermaksud bayi yang berusia sebulan kebawah. Jaundis pula boleh dilihat apabila kulit atau warna putih mata atau ruangan mukosa dalam mulut bertukar menjadi warna kuning serta berlaku perubahan pada warna air kencing dan najis ( air kencing menjadi kuning pekat/teh o, najis berwarna coklat gelap). Ini semua menunjukkan tahap bilirubin yang tinggi di dalam darah. Bilirubin dihasilkan di hati dan akan diuraikan di hati ( dibantu oleh buah pinggang juga). Bayi menjadi kuning kerana proses semulajadi yang berlaku secara perlahan-lahan, di mana badan akan ‘membuang’ sel-sel darah merah yang ‘lama’ (digunakan sejak dari dalam kandungan lagi) dan digantikan dengan sel darah merah yang baru. Jaundis yang tinggi ini akan dikumuhkan daripada badan melalui najis bayi ( air kencing dan tahi) Jaundis yang berlaku pada hari kedua hingga ke empat belas adalah normal ( asalkan tidak terlampau tinggi sehingga memerlukan bantuan lampu 'phototherapy' atau pertukaran darah). Ini untuk bayi yang lahir cukup bulan. Untuk bayi pramatang, tempoh normal adalah sehingga 21 hari. Jaundis yang berlaku dalam masa 24 jam selepaa bayi dilahirkan atau lebih 14 hari ( bayi cukup bulan) atau lebih 21 hari (bayi pramatang) adalah tidak normal. Insha Allah nanti saya buatkan artikel apakah yang dimaksudkan dengan jaundis tidak normal ini. Kandungan bilirubin daripada sel darah merah ( unconjugated bilirubin) yang tinggi adalah toksik terutamanya kepada sel sel otak. Ini boleh mengakibatkan kecacatan kekal kepada otak dan perkembangan bayi. Ok, boleh faham kan setakat ini? Jadi, apakah cara untuk menurunkan kuning bayi? Bagi dia susu badan dengan kerap. Ingat, susu badan adalah susu terbaik di dunia dan tidak ada yang boleh meniru kandungannya. Namun, jika anda berasa susah sangat takada susu badan, tak perlu stress ( nanti susu badan makin drop dan anda boleh meroyan), anda bagilah susu formula pada bayi. BIG NO TO AIR MASAK BIG NO TO SUSU KAMBING BIG NO TO MADU BIG NO TO SUPPLEMEN DAN JUS MERAPU BIG NO TO AIR ANGGUR,AIR SIRAP,AIR CARLSBERG AND BIG NO TO MANDIKAN BAYI DENGAN AIR SIRAP ATAU AIR DAUN INAI ATAU AIR SIRIH YADA YADA YADA. Cukup susu sahaja kepada bayi, supaya bayi kerap kencing dan berak. Ingat, kuning keluar melalui najis. So, tak perlulah beli bengkung merapu, panty liner merapu, lampu merapu untuk bayi anda. Jauhi amalan merapu dan sila jangan membazir duit anda yang banyak sangat tu,ok?✌️ Dan tolonglah jangan jemur bayi anda di bawah terik matahari. Nota kaki : Pakaian berwarna kuning TIDAK mempengaruhi tahap jaundis bayi anda. Tak ada istilah aura aura. Dr. Erna Nadia Baca dan faham ilmu & fakta bukan keluar petua merapu tak tentu hala😘

Macam saya, saya bnykkn minum air masak, makan makanan pantang.. Lagi2 Kita full bf kt bby, kita cept rasa lapar.. Bila lapar sy mesti kn mkn.. Dan lauk pantang sy banyak makan ikan yg tak gatai.. Baru bby cepat turun kuning.. Sebb kita makan berat, bby bnyk berak,kita bnyak minum, bby bnyk kencing.. Anak sy dh masuk 19hari kuning, bila sy amalkan minum dan makan cukup terus turun kuning.. Dari 149 jadi 100 dlm masa 2hari.. Dan 2jam sekli bagi bby susu..

Ibu try amalkan susu karihome, sengkuang cina n anggur hitam. N mndikn anak guna daun kucai

tq mommies

Soalan berkaitan

Soalan popular

Artikel Berkaitan