Bersembunyi semasa meneran

Hai semua. Anak usia toddler. Sejak minggu lepas, dia masuk bilik tutup pintu. Pada mulanya saya ingat dia bermain dalam bilik. 3 kali dia buat begitu, baru saya sedar, dia meneran, berak, dah ready, baru dia cakap dia nak mandi/ dia berak. Tadi dia bawa kerusi dari ruang tamu ke bilik dan tutup pintu. Musykil. Saya pun beri salam dan ketuk, " boleh mak masuk?" Dia buka pintu: "Saya berak". Bila ajak ke tandas, dia masih berada dlm bilik. Anak 3 tahun Masih pakai diaper. Memang nak latih dia potty training, cuma saya mahu anak betul2 bersedia untuk training. Soalan. Kenapa bila toddler berak, mereka bersembunyi? 😁

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

maluuu la kot😆ntah.. tp tu pun slh satu tanda anak dh ready sebenarnya anak sy hampir 3tahun kak nuur, dia pun nak berak laju2 gi nyorok jgk.. masa sblm ni tgh toilet train, sy ckp nak berak gi toilet.. bila sy perasan muka dia nk berak or dia nk gi nyorok tu sy ajak la gi toilet berak kan, tp tak jadi dia akan berak kat pampers..pastu sy tetap la pesan hari2 berak kat toilet kan.. sudah nya kat pampers tk berak kat toilet pun tak berak.. aduii.. pastu sy give up..sy nampak dia nk berak , biar je berak kat pampers takde cepat2 ajak gi toilet dh.. tapi sy ckp, adik berak kat pampers mama tak basuh tau, pandai2 la buat sendiri.😆 pastu bbrp hari dia dh boleh rasa nk berak je gi toilet tak gi nyorok,bbrp hari kemudian siang kat rumah tak pakai pampers dh.. takde terbabas & dia yg takmau pakai pampers tu. masuk tidur mlm, keluar gi jalan2 & blk kg rumah inlaw je pakai pampers skrg. anak sy kuat minum air 0, selalu 30minit sekali gi toilet.. mlm pun pampers bangun pagi masih full..

Baca lagi