Bersembunyi semasa meneran

Hai semua. Anak usia toddler. Sejak minggu lepas, dia masuk bilik tutup pintu. Pada mulanya saya ingat dia bermain dalam bilik. 3 kali dia buat begitu, baru saya sedar, dia meneran, berak, dah ready, baru dia cakap dia nak mandi/ dia berak. Tadi dia bawa kerusi dari ruang tamu ke bilik dan tutup pintu. Musykil. Saya pun beri salam dan ketuk, " boleh mak masuk?" Dia buka pintu: "Saya berak". Bila ajak ke tandas, dia masih berada dlm bilik. Anak 3 tahun Masih pakai diaper. Memang nak latih dia potty training, cuma saya mahu anak betul2 bersedia untuk training. Soalan. Kenapa bila toddler berak, mereka bersembunyi? 😁

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

sama mcm anak sye..dia akn menyorok...dibalik langsir... ada kala dia tk pakai pampers.. akn msuk sdnri dlm toilet.. ..

4mo ago

Wah dh pandai sendiri ke toilet. 👏👏