Bersembunyi semasa meneran

Hai semua. Anak usia toddler. Sejak minggu lepas, dia masuk bilik tutup pintu. Pada mulanya saya ingat dia bermain dalam bilik. 3 kali dia buat begitu, baru saya sedar, dia meneran, berak, dah ready, baru dia cakap dia nak mandi/ dia berak. Tadi dia bawa kerusi dari ruang tamu ke bilik dan tutup pintu. Musykil. Saya pun beri salam dan ketuk, " boleh mak masuk?" Dia buka pintu: "Saya berak". Bila ajak ke tandas, dia masih berada dlm bilik. Anak 3 tahun Masih pakai diaper. Memang nak latih dia potty training, cuma saya mahu anak betul2 bersedia untuk training. Soalan. Kenapa bila toddler berak, mereka bersembunyi? 😁

7 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Salah satu tanda anak ready untuk potty training. 🤗 Anak saya 3 tahun 5 bulan sedang dalam fasa potty training. Mereka menyorok sebab mula tahu apa itu 'malu'. Anak Puan Nuur sama macam anak saya, bila dah sudah membuang baru keluar daripada bilik dan minta basuh. Anak saya dah pass bahagian kencing, bahagian buang air besar je belum sebab anak tak tahu teknik untuk meneran bila duduk di atas potty. Saya ada belikan potty chair tapi anak kata tak selesa. Kencing je anak okay duduk atas potty chair tu. Jadi sekarang saya tengah mengajar anak teknik untuk meneran tu melalui aktiviti meniup wisel dan meniup bubble. Masih lagi praktis. Satu lagi teknik deep breathing. Deep breathing ni membantu anak untuk meneran sebab badan dalam keadaan relax jdi membantu untuk meneran. Pun masih praktis 😁

Baca lagi
4mo ago

Terima kasih puan Nana