tertekan
Hai semua. Nak tanya betul ke kalau mngndung x boleh minum air byk? Sbb nanti baby lemas dalam perut?? Skrg ni sy tgh alahan teruk .. baru 8week.. 1st baby .. tapi kakak ipar sy tengking dan marah sy teruk2 sbb asyik muntah .. dia kata sebab sy terlebih minum air masak .. betul ke ibu2 semua? Sy jadi stress n takut .. kalau sy x minum pinggang sy sakit denyut2.. ?

"Sakit pinggang klo xminum".. Tu tandanya badan pn sangat perlukan air lebih2 lg waktu alahan teruk. Ini utk elakkan pn drpd dehydration, kencing kotor, sembelit dan buasir. Kencing kotor boleh bahayakan nyawa anak dlm kandungan. Bayi lemas tiada kaitan dgn berapa bnyak air kita minum. Sebaliknya bayi lemas sekiranya air ketuban terlalu banyak. Salah satu punca air ketuban berlebihan ialah pengambilan benda2 manis yg berlebihan. Oleh sebab itu, ibu2 perlu kawal pemakanan terutamanya ibu2 hamil yg mempunyai diabetes semasa hamil. Tidak salah merujuk mereka yg berpengalaman. Namun, pn perlu tambah lg pembacaan dan pengetahuan drpd sumber atau pihak yg berautoriti seperti doktor atau jururawat yg merawat pn. Bertanyalah kpd ahlinya. Mereka lebih arif kerana mereka yg mengetahui keadaan semasa pn. Moga pn dan baby sihat sentiasa. 😊
Baca lagi

