baby besar

hai semua, ada yang sama kes macam saya tak? pergi scan baby tapi kene bebel dengan doktor sebab baby besar dalam kandungan 😂 Doktor pesan suruh jaga makan, tapi sy asyik lapar je 😩 macam mana ibu² buat ya ?

5 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

🥨MY DAILY MEAL ROUTINE 🥨 ☆ Mgkin tidak akan sesuai dengan awak. Jadi disarankan berjumpa dengan pakar pemakanan. 🥪BREAKFAST 🥪 Sandwich Telur 🥪 Segelas Susu Anmum Materna (Plain)🥛 • Sandwich sy guna roti putih atau roti wholemeal 2 keping. • Telur 2 biji (Tanpa garam atau perencah) • Masak telur dan toast bread guna sedikiitttt je planta. sedikit je sebab taknak terlampau berlemak. • Cheedar Cheese 1 slice jenama Meg (Paket warna merah) • Mayo Kewpie warna merah. Paling low carbo sy jumpa setakat ni. • Coral green salad banyak². Sy tak masak, makan mentah ja masuk dlm sandwich. Yg penting cuci bersih². • Susu Anmum Materna segelas je. Sy minum perisa biasa sebab tiada tambahan gula. Walaupun tiada tambahan gula, susu mmg ada gula natural tersedia. Jadi minum susu sekali sehari je. 🍛 LUNCH 🍛 Nasi Goreng ATAU 🍛 Nasi, Ayam & Sayur 🍚🥗🍗 Air kosong 💧 • Nasi goreng tu sy masak ikut suku suku separuh juga. Sy ukur di atas piring sebelum masak 😅 Yg penting sayur banyakkan supaya nampak banyak atas piring. 🫰🏻 • Air kosong minum banyak². 🍚 DINNER 🍚 Nasi, Ikan/Ayam & Sayur 🍚🥗🍗🐟 Greek Yogurt (Plain)🍦 Air Kosong 💧 • Macam biasa, portion makan ikut suku suku separuh. Sayur banyakkan supaya lebih kenyang. • Greek Yogurt sy makan plain je. Jgn makan yg berperisa. Banyak gula. • Air kosong minum banyak² Tu je. Semoga bermanfaat 🫰🏻

Baca lagi

Dua bulan lalu, doktor dan misi tegur berat badan naik mendadak dan mereka pesan sy kena jaga makan dan makan ikut diet suku suku separuh. Last checkup sy turun sekilo dari 75kg ke 74kg. Tidak susah kalau dah cuba 😊 Sy kenyang walaupun nasi sedikit je. Cara dia makan ikut diet suku suku separuh je. • Nasi - satu senduk rata (Ukur guna senduk nasi) / Setumbuk pun boleh • Ikan/Ayam/Telur - suku (Selalu sy ambil 2-3 biji.) • Sayur atau buah - Separuh piring. Lagi bnyk lgi bagus sbb ini mengenyang kan. Kalau sy masih lapar sy tambah ja sayur banyak². Nasi dan daging tak tambah lagi. • Minum air banyak²- 3L sehari

Baca lagi

ambil jenis makanan yg buat perut tahan lama contohnya tinggi serat dan protein. boleh cuba google jenis makanan tinggi serat. nak snacking ambil buah atau kekacang. banyakkan air masak.

apa maksud baby besar eh? maksudnya time ukur kepala , abdomen kaki smua tu size nye besar eh? baby sy ukuran tu normal cuma berat dia mcm 16 mggu padahal baru 14 mggu . tu dikira besar ke

1y ago

size baby x sama dgn weeks dia contoh baby baru 20minggu tp size kepala tgn kaki bdn dh 24mggu

puan ada kncing manis ke?slalu yg gdm ni doc akan pantau baby jgn bsar2...elakkan minum susu mcm anm*m sbb byk gula