Pregnant semula selepas sebulan miscarriage.

Hai, saya nak tanya. Saya gugur pada hujun Nov 22 dan pada 13 Dec 22, saya scan di hospital, doc beritahu rahim dah kosong, maksudnya dah turun semua. Saya masih belum period dan pada 13 Jan 23, saya rasa tanda2 macam pregnant sebelum ni. Saya buat pregnancy test dan mmg naik 2 line terang. Ada siapa2 yg ada pengalaman mcm saya? Miscarriage sebelum ni doc kata sbb blighted ovum and turun sendiri @ 6 weeks. Mcm mana nak kira? Atau adakah ni hcg drpd pregnancy seblm ni? Belum pergi check lg sbb masih ragu2. Update 21/1/23 Saya dah pergi scan. Dah nmpk kantung tp belum nampak fetal heartbeat lagi. Doc suruh dtg semula lepas 3 mggu utk repeat scan.

Pregnant semula selepas sebulan miscarriage.
12 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

Situation saya sama macam sis gugur bulan 7 bulan 8 double line lagi. Masa gugur tu 7weeks baby pergi hosp doc dah check dan scan yg dah kluar semua darah kluar pun tak banyak. Saya pulak jenis bila bersama akan bt record sbb period tak irregular. Saya ada bersama dgn suami sehari seblum saya gugur masa ni saya tak tahu yg saya pregnant 7 week esok nya gugur doc kata rahim tak kuat. Lepas sebulan mak suruh check lagi sbb nampak saya lain sgt bila check lepas sebulan gugur double line lagi. Pergi bt buku pink pun doc tak tahu nak kira macam Mana sbb tada last tarikh period jadi ikut scam besar baby sahaja. Alhamdulillah skrg dah 3rd tri ☺️☺️

Baca lagi
1y ago

In sha الله sis.. saya nanti nak pergi scan after 1 month. For time being, monitor je dulu and jgn lasak2

sama macam sy dulu sis. tp sy kes lain sikit. sy t'mngndung semasa pakai iucd, kemudian gugur. lps gugur tu, decide utk buka trus iucd tu. sebulan mcm tu, mngndung lg. tp sygnya, kandungan sy dlm 5minggu sy keguguran lg sekali. doktor suruh sy rehatkan rahim selama 2 tahun. alhamdulillah selepas 3 tahun, rezeki kali ni sy mengandung. susah jg lekat slps keguguran berulang jarak yg dekat. nasihat sy, jangan bersama suami trimester 1, bykkn bedrest, kurangkn kerja berat, insyaallah baby baik² shja.

Baca lagi

kalau masa lepas gugur dah scan & kosong maksudnya mmg takda apa dah hormon dlm badan. meaning ni awk mmg pregnant semula kalau lepas habis darah nifas awk ada bersama. kalau susah kira, tunggu 2-3w & pergi scan di klinik. buat masa ni jaga kesihatan, makan folic acid, bed rest & jgn buat kerja berat. kemungkinan utk keguguran kali kedua tinggi sbb rahim tak sempat pulih lg. kena betul2 jaga.

Baca lagi
1y ago

Pergi klinik swasta pun sama, ikut penilaian doktor terhadap awak dan kandungan.

sama macam saya. kalau tahu mengandung lagi sekali . makan asid folic beli je dekt klinik atau farmasi. kalau nk scan baby . seelok eloknya 8week. baru pergi. sebelum tu jgn oergi bahaya untuk baby. makn je ubat asid folid atau air holick pun ada asid folid. anak saya tahun lepas baru lahir . allhamdulilah sekrng dah 9bulan dah. enjoy the proses. allah nk bgi awak pandai. allah tahu awak x kuat macm orsng lain

Baca lagi

saya gugur 18/12 ,11/1 upt samar , 15/1 dah terang , tak smpai sbln pregnant balik . tp masatu gugur 3w5d . kandungan tak menjadi . masa 4w scan alhamdulillah nmpk kantung kecil dan rahim pun dlm keadaan cantik . risau sgt . skrg masih dlm fasa berjaga-jaga tkut benda sama brulang . semoga kandungan kalini baik baik je . awak jaga diri okay . kalau nk kepastian . boleh je pergi scan .

Baca lagi
1y ago

Amiin2. Semoga baby dan ibu sihat2. Saya tggu lg sebulan, bru pergi check scan. Jaga diri sis

Saya alaminya skrg dh masuk 27minggu pregnany kedua selepas pregnant anak pertama gugur umur 20minggu.. lepas gugur, nifas kering then dh period, lepas kering period tautau lekat dah kandungan kedua.. mmg risiko so extra carefull okie

1y ago

Masa sis gugur 20 minggu tu sis jarakkan bep lama ya utk prgnant seterusnya?

nie yg jadi kat saya. .. skg nie saya kira bila tarikh upt pekat atau lebih kan 1 minggu selepas gugur.. macam saya gugur 9.11 .. dan 16 hbln 12 saya ikut tarikh last kuar darah .. tapi bila scan edd sya dapat tepat.

1y ago

kira saya keguguran kuar darah 9.11 patu saya dapat upt positif 16/12 skg saya mengandung 9 minggu.

sy gugur masa 8 weeks (20.01.21) sbb covid.. berpantang sebulan n pd 26.02.21 n 24.03.21, sy period.. Dan pd hujung bulan April, sy dah pregnant sbulan.. last period sy pd 24.03.21

Untuk avoid recurrent miscarriage, bnykkn bed rest sbb rahim x kuat sperti yg kita sangka. Sbb tu ad dr advise utk rehatkan rahim 3 bulan utk ttc balik.

1y ago

Baik sis.. in sha allah, terima kasih utk nasihatnya..

kalau keguguran doc takde advise utk tunggu min 3-6 bulan ke sis? atau kalau ada risiko tertentu je baru kena jarakkan next pregnancy?

1y ago

Doc ada suggest 2-3 months sis. Tp rezeki lekat cepat pulak