masih kuning 1 bulan

hai saya nak tanya , ada tak yg anak dia masih kuning walaupun dah sebulan lebih ? tapi berak kencing ok ja . kenapa ya ? saya dah buntu laa . risauu . esok nak kena p hospital ambik darah dia untuk check takut ada masalah hati ka apa . macam2 dah buat tapi masih ada kuning . tengok dekat hujung mata dia masih ada sikit2 , tekan muka dengan belakang diapun naik kuning lagi . hmmm . risau kalau ada masalah lain 😔

13 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Anak saya ada jaundice disebabkan blood type kami tak sama. Prolonged jaundice 2 bulan sebab breastmilk jaundice. Ada dua kategori untuk punca prolonged jaundice: Kategori 1) Normal case yang melibatkan breastmilk jaundice. Tiada rawatan yang diperlukan. Akan pulih dengan sendirinya. Kategori 2) Dari segi medical yang disebabkan oleh G6PD, masalah hati, masalah thyroid, etc. Semoga keputusan darah anak awak baik-baik sahaja 🌹

Baca lagi
2y ago

Ya, betul. Breastmilk jaundice terjadi sebab ada satu enzim dalam susu ibu yang menghalang pecahan bilirubin. Tapi tak bahaya dan tak perlu stop breastfeed baby. Teruskan penyusuan susu ibu seperti biasa sebab situasi ni normal. Paediatrician anak saya minta untuk teruskan sahaja breastfeed baby. Lama2 akan pulih sendiri. Alhamdulillah genap 2 bulan, anak saya dah okay. Breastmilk jaundice ni terjadi pada baby yang fully susu badan sahaja.