Mengandung

Hai , saya dah 6bulan berkahwin tapi masih belum dikurniakan zuriat .. setiap bulan kadang2 saya cek tp negative juga . Apa yang perlu saya lakukan untuk segera punya zuriat.

44 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Ikhtiar saya dalam 5 tahun menunggu zuriat selain ada komplikasi pada kesuburan spt endo dan pcos.. Ubah lifestyle ikut kata nasihat doc 1. Eat clean and balance diet Lebihkan makan makana rebus, bakar, stim dan sup. Minyak amat minimal dalam pengambilan makanan saya. Goreng2 is a no no n jarang saya amek. Nasi segenggam setiap intake. Sayur saya selalu lebihkan esp ulam-ulaman. Konsep suku suku separuh dalam pinggan. - suku nasi suku protein separuh sayur. In sya Allah berat badan mudah turun. NO FAST FOOD 2. Work out - heavy lifting, cardio, body work out Saya sign up for lose weight prog dgn group kawasan. Sentiasa dgr ckp coach n class x miss. Berjaya turun dalam 10kg dalam setahun. 3.banyakan masa dgn Tuhan. Malam banyak berdoa dan merintih padaNya. Banyak buat amalan yang digalakkan dan serahkan diri ini kepadaNya selama berusaha dua yang di atas. Hanya Dia yang izin dan mampu mengubah dan mengotakan segalanya. 4. Berbuat baik pada sekeliling Pada manusia, alam, binatang dll. Sentiasa berkata2 baik. Org buat perkara x baik kita jangan balas dendam. Teruskan berbuat dan berkata2 baik. Doakan hidayah diberikan kepadaNya. 5. Minta doa org keliling Bila org tanya bab anak, saya cepat2 ckp in sya Allah satu hari ada rezki nanti. Doakan ya. Jangan deny dgn kata belum rezki..lg Allah kabulkan 6. Tak pikir pasal anak. Ketika bersama, tak memikir sekiranya jadi anak atau tak. Saya terus lepaskan fikiran tu dan sambung tidur. Dalam pada masa yang sama sentiasa cakap Aku serahkan perkara ni kepadaMu ya Allah. 7. Serah sebulat2 semuanya kepadaNya sbb anak ni hak dan amanah Allah. semua atas izin Allah. Kita hanya hamba yang perlu menjaga perintahNya dan meninggalkan larangganNya

Baca lagi