Keluhan mama anak 1

hai saya cuma nak mengadu sahaja disini sebab saya rasa takde sape yg boleh faham saya. saya masih ada mak ayah, adik beradik tapi semua jauh di pantai timur since saya duduk dia selangor ikut suami. dan saya jugak ada mertua yg duduk tak jauh dari selangor. nak dijadikan cerita, saya ada anak kecil baru 7 bulan 15 hari. mak mertua saya suka sangat makan di luar bila kami balik kampung atau dia dtg ke rumah saya. setiap kali makan je mesti ada je benda dia nk suap dkt anak saya. awal 6 bulan haritu disorongnya teh tarik dkt anak saya. saya tak perasan sebab ayahnya yg pegang anak masa tu. mak mertua saya cakap kesian dkt adik duk tengok je kita makan. buat rasa2 katanya. saya terkejut, rasa nk marah tapi kang kalau naik hantu mmg kena maki dgn suami sebab naikkan suara dkt mak dia. kali kedua di sorongnya sup seafood dkt kedai makan. saya diam tak berkata lagi. kali ketiga ni dia suruh suami saya calit sikit air milo dkt mulut anak, terus saya mencelah "TAK BOLEH, JANGAN KASI, MASUK HOSPITAL APA2 JADI SAPE YG SUSAH, SAYA JUGAK SUSAH. AWAK TAK BUAT APA2, SAYA YG SUSAH NK MENJAGA DIA NANTI" terus berubah muka mak mertua saya. em bila fikirkan balik rasa bersalah tapi demi anak, saya tak sanggup. lagi satu, anak saya dalam fasa active, so dia tk berapa nk makan sangat, and kalau makan mesti take time. moyang (nenek kepada suami) selalu cakap dkt saya "sikit je bg anak makan. bg lah makan byk sikit, susut dh badan budak ni, apa lah kau ni" ha cmmtu. saya rasa sedih. dorang tkthu betapa strugglenya saya nk bg anak makan. tahu komen aje. lepastu semua benda nk salahkan saya. mmg mak² tempat untuk disalahkan ke bila terjadi sesuatu dkt anak? sedihnya saya. mertua dgn moyang tak pernah salahkan anak cucu dia, semua salahkan saya. hm mungkin sebab saya menantu yg takde duit, tak bekerja jadi semua boleh tiaw dkt saya sebab saya 100% jaga anak. nak bercerita dgn suami, saya tak berani sebab suami saya pernah cakap apa2 hal pasal mak dia, saya tak boleh komen, saya tk boleh sentuh. saya rasa terkilan sebab semua berubah bila saya ada anak. saya bukan nk salahkan kewujudan anak saya. tapi sakitnya bila saya tk dapat nk express perasaan dkt orang yg satu2nya saya ada. mungkin saya seorNg isteri yg tak berguna, tak bagi faedah untuk dia, sebab saya duduk rumah, so saya tak layak untuk rasa penat, stress semua. hm lagi satu diorang selalu lah jgk dtg ke rumah, boleh di katakan 2minggu sekali. and setiap kali datang rumah je mesti ada dikomen pasal rumah kitorang. itu tak kena ini tak kena. walaupun saya suri rumah tapi sangat lah susah untuk saya kemaskan rumah setiap hari sebab anak saya jenis berkepit dgn saya. and setiap kali datang, mertua saya tolong kemaskan rumah. lepastu complain penat dkt suami saya. sampaikan suami saya pandang sinis dkt saya biarkan mertua saya kemaskan rumah. saya takde suruh pun mertua saya kemaskan rumah, dia yg willing to help. saya tkde paksa pun. itu jelah saya nak mengadu. jujurnya mertua saya sangatlah baik orangnya. saya mengaku itu dan saya bersyukur dpt mertua sebaik dia. cuma ada lah sikit² yg tak puas hati tu mesti ada. apa pun itu sahaja luahan hati saya.

2 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

susah juga kes awak ni, sbb selalunya suami yg kema protect wife dia, tambah family jauh. bila mcm ni, susah la. tapi apa yg awak buat, ckp pasal jadi apa kt anak tuh ye, mmg patut sbb jadi apa yg kena jaga semua awak, bukan diorg. bab makan , bkn kita bole paksa budak pun, mcm anak saya ni pun kena kata mcm tuh, jenis makan sikit, bukan tak try mcm2x, bagi vitamin lagi, tapi sama ja, last ignore, bila dia lapar, dia minta . malas nak stress bab ni, n tamau anak pun stress kena paksa makan. apa pun awak cuba slowtalk dgn husband, awak luah dulu tgok mcm mana..kalau dia tak bole terima , awak minta izin balik kampung tenangkan diri kejap .

Baca lagi

Saya setuju dgn komen mamayden ni. Since awak suri rumah, sy rasa antara solusi terbaik is mintak izin balik kg awak. Besarkan anak kecik sgt mentally drained. Yg sejujurnya faham mmg hanya diri sndiri, dpt suami memahami tu rezeki lain lah. Try slow talk dulu beritahu awk penat, especially if awk bf baby, mmg byk tenaga pkai, dia kena faham rumah awk akn tk berapa terurus sama mcm zaman tk ada anak. Minta tlg dia kemas skli atau tlg kerja rumah lain.

Baca lagi