Perlukan sokongan ... Ibu2 semua tolong saya...

Hai , pertama sekali saya nak mintak maaf dan tolong jgn kecam saya , saya cuma nak meluah isi hati saya. Saya dah makan pil perancang , tpi dgn kehendak allah , saya mengandung , saya bru je beranak anak kedua saya tahun lepas , anak saya bru je 7 bulan tahun ni, mental saya betul2 drop sbb saya berpantang dlm keadaan stress sgt, jadi saya trauma dh nak mengandung . Suami saya nak anak ni , tpi saya xde support suami . Dalam otak saya , saya nak je gugurkan anak ni sbb saya dah xboleh nak handle emosi saya. Bila emosi tak stabil , anak mmg akan makan cacian saya , bila emosi okay , saya mmg jaga diorang elok2 . Lagi2 anak kedua saya high demand. Mmg fikiran saya saya satu je , gugurkan anak ni . Saya xde tempat meluah, tolong bagi pendapat untuk saya . Saya buntu sangat...

4 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

bila Allah dah bagi rezeki, kita kena redha. sy pon pernah rasa taknak anak ni. tp skrg sy rasa bersalah & berdosa sangat sebab ada rasa mcm tu..saya faham kita manusia biasa kan. masalah sekarang ,sis tak dapat sokongan suami. bagi sy, nak taknak sis kena cuba dapatkan sokongan suami. sbb dlm keadaan mcm ni kalau takde sokongan dari suami,mmg boleh gila kita ni. mintak dia tolong lebih dari segi kerja rumah,anak2,jaga emosi sis..hanya sis yg tahu suami sis mcm mana kan. cara nak slow talk dengan dia pasal penat kita,sakit kita. kalau dia mcm still tak faham2,,cuba dapatkan seseorang yg dia hormat dan akan dengar nasihat. mcm keluarga dia atau rakan terdekat yg boleh nasihatkan dia. dlm masa tu berdoa la bersungguh2 kat Allah supaya permudahlan segalanya. lembutkan hati suami. sy doakan sis kuat dan dapat dipermudahkan urusan kali ni. Aminnn

Baca lagi

Saya faham bahawa anda sedang menghadapi situasi yang mencabar dan memerlukan sokongan dalam keputusan yang anda akan buat. Adalah penting untuk anda berbincang dengan pasangan, keluarga, atau rakan terdekat mengenai perasaan dan keperluan anda. Selain itu, mempertimbangkan untuk mendapatkan nasihat dari pakar kesihatan seperti kaunselor atau psikolog boleh membantu anda menguruskan emosi dan tekanan yang anda hadapi. Ingatlah bahawa setiap keputusan yang akan anda buat adalah penting, dan penting untuk merawat diri sendiri dengan baik agar dapat memberikan yang terbaik kepada anak-anak anda. Jika masih buntu, pertimbangkan mencari bantuan sokongan dari profesional kesihatan mental. Semoga anda dapat menemui jalan penyelesaian yang terbaik untuk situasi anda. https://invl.io/cll7hzz

Baca lagi

Mcm sis ckp dh mkn pil perncang tp Allah berkehendak nk bgi rezeki..Terimalh dgn hti terbuka, ada hikmahnya tu sis..sblm nk tdo tu, peluk n deep talk dgn suami, luahkan pd suami apa yg buat sis stress, jgn malu or segan nk luah..kdg suami ni kalau kita xberitahu dia xthu xsedar apa yg dia buat tu blh buat kita stress.,waktu pntang la suami kena jga istri dr segi mental fizikal..bila ada ank ni bkn semata ats bahu istri bab penjagaan..suami ptot tolong apa yg ptot..bkn sekadar bg nafkah semata..lain2 bgi istri urus..tu xde tngjungjwb bsama namanya..dua2 kne take action bila bab anak

Baca lagi

mcm saya mengandung anak kedua ni anak pertama baru 5 bulan... InsyaAllah, Allah tahu awak kuat. sbb tu Allah anugerahkan anak dalam Rahim awak.. terus kuat...

Baca lagi