Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doc, baby saya berusia 1bulan 20hari. Masalah nya adalah, hidung anak sy akan tersumbat setiap kali lewat malam, tetapi tiada flu yg kelihatan. Cuma akan terdengar seperti bunyi kahak di bahagian batang hidung dan dada setiap kali bernafas. Ia menyebab kan anak saya sukar untuk bernafas, tidak dapat tidur dan tidak dapat menyusu sampai ke pagi. Bila hari siang, dia akan sihat seperti biasa. Tiada ubat diberikan jika ke klinik kerana setiap kali ke klnik keadaan baby sangat sihat pada waktu siang, hingga lah lewat malam. Apa yang harus saya lakukan? Terima kasih doc.

Baca lagi
5y ago

Mungkin mukus yang melekit atau kering menyebabkan hidung tersumbat, ibu boleh gunakan spray seawater untuk membersihkan hidung anak sebelum menyusu pada waktu malam/ tidur.