Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi Doktor, 1. Adakah pengambilan vitamin c atau multivitamin boleh mencegah anak² dari terkena penyakit selsema atau demam selsema? 2. Apakah perbezaan selesema dan demam selsema kerana gejala selsema juga disertai dengan badan yg panas (atau panas dalam)? 3. Bagaimana kanak² boleh terkena jangkitan selsema?..adakah dari udara yg tercemar, imun badan yg tidak kuat atau sebagainya. 4. Apakah cara terbaik menjaga tahap kesihatan anak² agar tidak mudah terkena jangkitan selsema atau demam? Tq Doktor atas maklumbalas.

Baca lagi
5y ago

1. Tiada kajian yang menunjukkan vitamin C dan multivitamin boleh mencegah selsema. Yang penting ialah menjaga kerbersihan diri dan makan makanan yang seimbang. 2. Terdapat perbezaan antara selsema dan demam selsema. Demam selsema simptoms lebih parah. Simptom demam selsema biasanya akan mendapat demam tinggi yang berlarutan sekurang-kurangnya 3 hari, sakit sendi , mengeletar ( chills) , lesu yang berlarutan untuk 3 minggu, batuk teruk dan sakit kepala. Selsema simptoms lebih mild. Jarang dapat demam, bersin, sakit tekak, hidung tersumbat, batuk ( mild) dan sembuh lebih cepat. 3. Selsema menjangkiti anda apabila virus merebak melalui titisan air yang tersebar apabila orang yang telah dijangkiti virus bersin, batuk atau disebarkan secara sentuhan seperti titisan pada sapu tangan atau objek lain yang telah disentuh pesakit yang menghidap selsema contohnya tombol pintu dan telefon atau mainan kanak-kanak 4. Cara pencegahan ialah mendapatkan Influenza vaksin setiap tahun, pratikkan