Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)

Hai pengguna yang dikasihi! Hari ini anda berpeluang untuk bertanyakan apa-apa soalan mengenai DEMAM SELSEMA ATAU SELSEMA. Kami pasti anda mungkin keliru tentang penyakit ini. Jadi, anda boleh menanyakan soalan PERBEZAAN atau bagaimana untuk MENGENAL PASTI simptom & sebagainya. Dr Florence Wong ialah Pakar Pediatrik yang akan aktif berinteraksi dengan anda di app. Tanya soalan pada ruangan komen di bawah! Pakar Perunding kami akan menjawab segala persoalan anda pada hari Jumaat, 12 June 2020 pada pukul 3 petang! Jadi, pastikan anda bertanya apa sahaja soalan yang berkaitan dengan deman atau demam selsema sahaja. Soalan yang tidak berkenaan akan di buang dan pertanyaan selepas pukul 3 petang (Jumaat) berkemungkinan besar tidak akan dijawab

Sesi Tanya Pakar bersama Dr Florence Wong (Pakar Pediatrik)
63 Balas
undefined profile icon
Tulis jawapan

Hi doc, Anak sy baru 27 days. Dan bila dia menangis, menangis sampai hilang suara. Dan suara dia akan serak. Bila tidur, akan berbunyi nafas kuat, tapi bila perhatikan pola pernafasan, tiada lekuk dalam seperti yg diajar masa dia di wad. Boleh ke menangis sampai hilang suara menyebabkan dia selsema? Dia jenis cepat berpeluh jadi waktu malam kami akan on aircon.

Baca lagi
5y ago

Ya suara bayi boleh jadi serak bila menangis kuat. Pernafasan yang kuat tu kadang-kadang disebabkan mungkin hidung tersumbat. Liang hidung bayi kecil , sekiranya ada mukus yang kering ( tahi hidung) yang besar, maka pernafasan bayi pun lebih kuat. Boleh gunakan seawater spray untuk membersihkan hidung bayi sebelum tidur. Menangis kuat tidak akan menyebabkan bayi selsema.