Bentan selepas bersalin
Hai nak tanya kalau da habis darah nifas still boleh kene bentan ke??? Apa beza darah bentan dgn darah period??
“Doktor Imelda, kenapa selepas bersalin semalam, hari ini ada lagi rasa sakit macam senggugut? Adakah ini bentan?” Jawapan saya: Ini bukan bentan. Tidak ada istilah bentan di dalam perubatan. Tetapi inilah yang kita panggil ‘rengat’. Di dalam bahasa omputeh, rengat ialah ‘afterpains.’ Maknanya, sakit selepas bersalin. Di dalam bahasa perubatan, rengat ialah ‘uterine involution’. Maknanya proses pengecutan rahim selepas bersalin. Rengat tak ada kaitan dengan pantang atau tak pantang selepas bersalin. Rengat tak ada kaitan dengan apa anda makan. Rengat tak ada kaitan dengan masuk angin. Rengat tak ada kaitan dengan minum air ais. Rengat tak ada kaitan dengan mengurut atau tidak. Rengat tak ada kaitan dengan bertunku atau tidak. Sejurus selepas melahirkan bayi dan uri placenta dikeluarkan, rahim akan mengecut ke kedudukan di bawah pusat. Selepas ni rahim akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk mengecut lagi sehingga ke saiz normal dan duduk di dalam ruang pelvis di belakang pundi kencing. Di dalam masa 6 minggu selepas bersalin, semua rahim akan mengecut ke saiz asal walaupun tidak mengurut, bertunku atau pakai bengkung. Pengecualiannya hanya ialah wanita yang ada fibroid besar di dalam rahim. Bila ibu mula menyusukan bayi, stimulasi dari baby ‘latching on’, iaitu baby menghisap puting payudara ibu, menyebabkan tindakbalas dari otak untuk mengeluarkan dua jenis hormon. Hormon pertama ialah Prolactin yang mengarahkan kilang susu di dalam payudara untuk membuat susu. Hormon kedua ialah oxytocin. Kesan oxytocin ada dua. Pertama ia mengecutkan saluran susu atau ‘duct’ supaya susu yang dibuat di dalam kilang susu memecut keluar ke arah puting payudara. Kedua ia mengecutkan rahim. Sebab inilah bila ibu mula menyusukan bayi, ibu mengadu dapat ‘rengat’ dan ini selalunya berlaku selama dua atau tiga hari selepas bersalin. Jika ‘rengat’ terlalu sakit, ibu boleh ambil ubat tahan sakit seperti panadol biasa atau ibuprofen atau diclofenac atau ponstan. Inilah ubat sama yang boleh diambil jika ada senggugut atau period pain. Bukan semua ibu akan rasa sakit ‘rengat’ tetapi rahimnya masih juga mengecut walaupun tak rasa sakit rengat. Maka semua ibu selepas bersalin akan mengalami proses pengecutan rahim ke saiz asal di dalam masa 6 minggu, tetapi ada ibu yang sakit selama dua atau tiga hari bila rahim mengecut. Selepas dua-tiga hari ini, rahim akan terus mengecut ke saiz asal walaupun tiada lagi rasa sakit rengat. Bagaimana anda tahu rahim sudah mengecut ke saiz normal? Jawapannya ialah bila tiada lagi darah nifas keluar. Darah nifas itu ialah ‘decidua shedding’, iaitu satu proses membuang keluar sel-sel dinding rahim yang menjadi tebal semasa hamil. Sambil rahim mengecut, ada lapisan decidua yang dibuang keluar supaya rahim boleh mengecut. Sebab inilah ramai ibu akan kata bila dapat rengat, ada gumpalan atau ketulan keluar dari rahim, kemudian ibu akan rasa lega. Bila decidua shedding tu sudah habis keluar, rahim sudah kembali ke saiz normal, maka darah nifas pun tiada lagi. Berapa lama darah nifas nak kering? Di antara linkungan 14 hari sehingga 60 hari. Puratanya ialah 36 hari. Jika ada cebisan tisu uri placenta yang tak habis keluar selepas bersalin, ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kuman pada lapisan dalam dinding rahim. Ini dinamakan ‘endometritis’ dan ibu-ibu ini akan mengadu darah nifas yang banyak, sakit pada bahagian dinding rahim dan demam. INI BUKAN BENTAN. INI BUKAN SEBAB TERSEPAK IBU JARI. INI BUKAN SEBAB TAK PANTANG MAKAN. Jika anda ada simtom ini, segeralah ke hospital untuk menghentikan pendarahan yang banyak, antibiotics dan memastikan tiada tisu uri masih berada di dalam rahim. Sebaliknya jika patient saya menjalani pembedahan Caesar, selepas mengeluarkan baby dan uri placenta, saya akan menggunakan kain bersih untuk mencuci lapisan decidua dari dinding rahim. Semua patients Caesarean Section saya juga mendapat antibiotics untuk mencegah jangkitan kuman yang menyebabkan endometritis. Jadi, ramai patients saya selepas Caesarean section kata darah nifas mereka sedikit saja jika dibandingkan dengan bersalin secara normal. Dengan ilmu pengetahuan ini, ibu-ibu akan faham, sekiranya ibu-ibu tidak mampu perkhidmatan confinement ladies untuk mengurut rahim atau bertunku, janganlah ibu-ibu bimbang. Tak mengurut, tak bertunku dan tak pakai bengkung pun rahim akan mengecut ke saiz normal juga. Sebab inilah tak wajib pun buat ini semua. Ada budaya dan tradisi ibu-ibu yang bersalin di negara-negara lain yang berlainan dari negara kita. Mereka tak ada pun mengurut rahim, bertunku atau pakai bengkung, tetapi rahim-rahim mereka tetap juga tiada masalah mengecut ke saiz normal juga dalam jangkamasa yang sama juga. Semua patients saya yang bersalin secara Caesarean section pun rahim akan mengecut ke saiz yang normal juga. Untuk patients saya yang bersalin secara Caesarean Section, saya melarang mereka urut rahim, bertunku dan saya melarang pakai bengkung yang ketat di atas luka pembedahan. Sebab ini boleh menggangu jahitan Caesarean, membawa lebih bakteria dari tangan manusia ke kawasan luka pembedahan, melambatkan kesembuhan dan menyebabkan lebih kesakitan kepada ibu. Alhamdulillah, dengan kemudahan hospital dan perkhidmatan perubatan moden, kematian ibu bersalin akibat pendarahan dan jangkitan kuman sudah dikurangkan. Sebelum Merdeka, pada tahun 1950, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lagi tinggi dari kadar kematian ibu bersalin hari ini. Sebab utama mereka meninggal dunia zaman dulu ialah pendarahan yang banyak di rumah dan sepsis iaitu jangkitan bakteria yang teruk. Masa dulu, tiada antibiotic, tiada suntikan mencegah kancing gigi, tiada ubat untuk mengecutkan rahim, tiada jahitan kepada luka, lebih ramai bayi dilahirkan mati, lebih ramai ibu-ibu lambat sembuh selepas bersalin dan lebih ramai ibu tidak berjaya menyusukan bayi. Alhamdulillah, ibu-ibu yang bersalin zaman sekarang hanya perlu dengar nasihat doktor dan boleh dapat kualiti hidup yang lebih baik lagi selepas bersalin dan lebih berjaya menyusukan bayi. Tak ikut amalan berpantang selepas bersalin cara lama pun, tak payah bimbang. You will be just fine 💕 Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner
Baca lagiboleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g berkaitan bentan Tadi ada makcik bawang masuk komen di sini dan cari gaduh tentang isu bentan. Memang dah kena delete dan block dari sini. Saya kan dah beritahu, bentan tu tak wujud. Jadi, tak payah tanya pun apa itu bentan. Ini bermakna tidak ada doktor perubatan yang buat diagnosis bentan. Ini bukan masalah Bahasa yang berlainan. Memang tak ada definasi apakah itu bentan. Ini ialah self-diagnosis oleh orang yang tiada tauliah perubatan. Tanya mereka apakah bentan pun depa akan beri banyak jawapan yang berlainan dan tak pernah sepakat apa itu bentan. Maknanya mereka tak tahu pun apa masalah kesihatan wanita yang baru bersalin tu, tapi nak buat juga diagnosis bentan. Bila pesakit saya dapat varicose vein, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada varicose vein dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat mastitis, iaitu jangkitan kuman bakteria ke dalam kilang susu payudara, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada mastitis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat deep venous thrombosis, iaitu darah beku di dalam saluran darah di dalam kaki, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada DVT dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat pendarahan sebab endometriris, iaitu keradangan di dalam rahim akibat jangkitan kuman bakteria, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada endometritis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat postpartum thyroiditis dan sejuk menggigil selepas habis tempoh confinement, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada postpartum thyroiditis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat demam sebab virus selsema, demam sebab denggi, demam menggigil sebab ada jangkitan kuman di dalam darah, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada demam sebab masalah lain dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat demam dan menggigil sebab pyelonephritis iaitu jangkitan kuman ke dalam buah pinggang, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada pyelonephritis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat keracunan makan dan sakit perut, demam, muntah, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada keracunan makanan dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat sakit perut sebab GERD gastro-esophageal reflux disease, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada GERD dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat bengkak air di kaki yang sementara selepas bersalin, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal masalahnya hanya sementara dan akan surut sendiri dan rawatannya bukanlah berpantang. Kalau segala benda anda kata bentan, macam mana nak rawat? Macam mana tak keliru apa sebenarnya masalah anda? Jadi jangan benarkan orang yang tiada tauliah perubatan buat diagnosis bentan kepada anda. Jika ada masalah kesihatan, sila jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan jika perlu. Kebanyakan kes itu hanya sementara dan tak perlu pun apa-apa rawatan, hanya pantauan. Maka doktor tak akan beri saranan makan ubat jika boleh sembuh sendiri. Tukang urut dan confinement ladies bukan pengamal kesihatan dan tak boleh buat diagnosis penyakit. Apa yang terbaik ialah jika ibu yang baru bersalin itu tidak sihat, rujuklah kepada doktor. Sangat merbahaya buat diagnosis bentan sedangkan tak tahu ini masalah kesihatan yang serious atau tidak. Sebab inilah saya tak suka istilah bentan. Bila ada orang sentap dan datang buat komen nak mempertahankan ada orang dapat bentan dan kita mesti takut kepada bentan, padahal saya tak pernah dengar pun ada orang mati sebab dia dapat bentan, saya akan delete komen palatau tu dan block saja. Di laman saya, tak boleh menyebarkan mitos, auta, fitnah, khurafat dan palatau. Followers saya hanya mereka yang awesome. Saya tak mau laa followers yang tiada niat baik yang hanya datang ke sini untuk buat palatau. Tak perlu ada followers macam tu. Kalau tidak mahu datang ke sini untuk belajar ilmu kesihatan yang sahih, tak payah laa datang ke sini. Laman saya sebenarnya bukan public page tau. Laman saya ialah personal page saya, dan hanya netizens yang awesome dibenarkan masuk. Fikirkanlah betul-betul, takut sangat dapat bentan sampai kena pantang kaw kaw, tapi bila kita tanya apa itu bentan depa tak tau, bila tanya macam mana nak diagnose bentan depa tak tau, marah Bila tanya soalan sebab tak boleh beri jawapan, dan ugut kalau tak berpantang nanti sakit bila tua, padahal tak pernah pun ada orang yang mati sebab bentan. Sebab kematian yang utama di Malaysia ialah penyakit jantung, bukan bentan. Inilah kita mesti berusaha untuk mencegah dengan ilmu kesihatan yang betul. Follow saya rapat-rapat untuk tambah ilmu. Semoga masyarakat kita berusaha meningkatkan taraf kesihatan dan berhenti buat self-diagnosis atau terima diagnosis bentan dari orang lain. Tidak ada diagnosis bentan di dalam perubatan. Jika ada pelajar perubatan buat diagnosis bentan, akan gagal peperiksaan perubatan. Jika ada pegawai perubatan buat diagnosis bentan, akan gagal peperiksaan specialist. Saya akan pulas telinga dan minta apa dia bentan dan tunjuk di dalam mana-mana terbitan perubatan, apa dia kriteria bentan. Kalau sesiapa buat diagnosis bentan, ini bermakna dia tak tau apa masalah pesakit. Kalau tak tau, kita mesti jujur kata tak tau dan sila rujuk kepada pakar. Jangan buat palatau. Kita mesti tegas demi kesihatan masyarakat. Berikan ilmu yang betul. Bukan buat palatau. Sekian, terimakasih kepada netizens yang awesome.
Baca lagibiasa la awak org tua2. zaman dulu2 lain. sy masa dlm pantang pakai stokin seminggu je awak. lepas tu xpakai dh. alhamdulillah okay je awak. pemakanan pon sy mkn je pape sy nak. xde pantang mkn pon. air sejuk dn ais pon sy minum. sy org yg sma share posting dr imelda awak❤️. sy follow dia dn kali ni sy pntg mmg xstress. 1st baby dulu sy stress sgt.
sy pernah kene mase berpantang hari ke 7, sy bangun dari katil tiba2 tak boleh berdiri tegak. celah kangkang rasa bisa dan sakit. mcm seolah2 ada sesuatu kt situ yg bila sy berdiri je kat ari2 tu rasa berat dan bisa. sy jalan terpaksa mengengkang dan membongkok. tp duduk dan baring tak rasa sakit. sy tanye tukang urut die kata die tak tahu kenapa. sy tanya nurse , die kata normal. sy tanye org tua2, die kata rengat. tp sy tak demam atau gigil. hari2 menangis sebab sakit. ada sapa2 tahu tak sy sakit ape? btw sy sakit tu berlarutan sampai 2 /3 bulan. sy ingat tu normal sakit rengat
Baca lagidarah nifas max 60hari. selepas 60hari yakin dah suci tu dikira darah period. kalau selepas 60hari masih keluar coklat2 tu dikira darah istihadah. maaf sy xpernah lagi dengar bentan keluar darah😅
sebab saya masatu lepas habis darah nifas selang 4hari saya keluar darah plus demam mengigil. akak saya cakap sebab da lama tak demam dan tu darah period. tapi mil saya cakap saya kene bentan, dia kata bentan pun boleh keluar darah. ada orang tu sampai masuk hospital 😂 sedih betul rasa
bukan bentan tp rengat..rengat tu sakit selepas bersalin..kirenya proses rahim nak mengecut..pernah rasa rengat tu..mmg sakit..
iwallet9.com