Bentan selepas bersalin

Hai nak tanya kalau da habis darah nifas still boleh kene bentan ke??? Apa beza darah bentan dgn darah period??

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

boleh refer penerangan dr doctor imelda balchin pakar o&g berkaitan bentan Tadi ada makcik bawang masuk komen di sini dan cari gaduh tentang isu bentan. Memang dah kena delete dan block dari sini. Saya kan dah beritahu, bentan tu tak wujud. Jadi, tak payah tanya pun apa itu bentan. Ini bermakna tidak ada doktor perubatan yang buat diagnosis bentan. Ini bukan masalah Bahasa yang berlainan. Memang tak ada definasi apakah itu bentan. Ini ialah self-diagnosis oleh orang yang tiada tauliah perubatan. Tanya mereka apakah bentan pun depa akan beri banyak jawapan yang berlainan dan tak pernah sepakat apa itu bentan. Maknanya mereka tak tahu pun apa masalah kesihatan wanita yang baru bersalin tu, tapi nak buat juga diagnosis bentan. Bila pesakit saya dapat varicose vein, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada varicose vein dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat mastitis, iaitu jangkitan kuman bakteria ke dalam kilang susu payudara, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada mastitis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat deep venous thrombosis, iaitu darah beku di dalam saluran darah di dalam kaki, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada DVT dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat pendarahan sebab endometriris, iaitu keradangan di dalam rahim akibat jangkitan kuman bakteria, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada endometritis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat postpartum thyroiditis dan sejuk menggigil selepas habis tempoh confinement, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada postpartum thyroiditis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat demam sebab virus selsema, demam sebab denggi, demam menggigil sebab ada jangkitan kuman di dalam darah, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada demam sebab masalah lain dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat demam dan menggigil sebab pyelonephritis iaitu jangkitan kuman ke dalam buah pinggang, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada pyelonephritis dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat keracunan makan dan sakit perut, demam, muntah, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada keracunan makanan dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat sakit perut sebab GERD gastro-esophageal reflux disease, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal dia ada GERD dan rawatannya bukanlah berpantang. Bila pesakit saya dapat bengkak air di kaki yang sementara selepas bersalin, ada saja orang yang cakap dia ada bentan. Padahal masalahnya hanya sementara dan akan surut sendiri dan rawatannya bukanlah berpantang. Kalau segala benda anda kata bentan, macam mana nak rawat? Macam mana tak keliru apa sebenarnya masalah anda? Jadi jangan benarkan orang yang tiada tauliah perubatan buat diagnosis bentan kepada anda. Jika ada masalah kesihatan, sila jumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan jika perlu. Kebanyakan kes itu hanya sementara dan tak perlu pun apa-apa rawatan, hanya pantauan. Maka doktor tak akan beri saranan makan ubat jika boleh sembuh sendiri. Tukang urut dan confinement ladies bukan pengamal kesihatan dan tak boleh buat diagnosis penyakit. Apa yang terbaik ialah jika ibu yang baru bersalin itu tidak sihat, rujuklah kepada doktor. Sangat merbahaya buat diagnosis bentan sedangkan tak tahu ini masalah kesihatan yang serious atau tidak. Sebab inilah saya tak suka istilah bentan. Bila ada orang sentap dan datang buat komen nak mempertahankan ada orang dapat bentan dan kita mesti takut kepada bentan, padahal saya tak pernah dengar pun ada orang mati sebab dia dapat bentan, saya akan delete komen palatau tu dan block saja. Di laman saya, tak boleh menyebarkan mitos, auta, fitnah, khurafat dan palatau. Followers saya hanya mereka yang awesome. Saya tak mau laa followers yang tiada niat baik yang hanya datang ke sini untuk buat palatau. Tak perlu ada followers macam tu. Kalau tidak mahu datang ke sini untuk belajar ilmu kesihatan yang sahih, tak payah laa datang ke sini. Laman saya sebenarnya bukan public page tau. Laman saya ialah personal page saya, dan hanya netizens yang awesome dibenarkan masuk. Fikirkanlah betul-betul, takut sangat dapat bentan sampai kena pantang kaw kaw, tapi bila kita tanya apa itu bentan depa tak tau, bila tanya macam mana nak diagnose bentan depa tak tau, marah Bila tanya soalan sebab tak boleh beri jawapan, dan ugut kalau tak berpantang nanti sakit bila tua, padahal tak pernah pun ada orang yang mati sebab bentan. Sebab kematian yang utama di Malaysia ialah penyakit jantung, bukan bentan. Inilah kita mesti berusaha untuk mencegah dengan ilmu kesihatan yang betul. Follow saya rapat-rapat untuk tambah ilmu. Semoga masyarakat kita berusaha meningkatkan taraf kesihatan dan berhenti buat self-diagnosis atau terima diagnosis bentan dari orang lain. Tidak ada diagnosis bentan di dalam perubatan. Jika ada pelajar perubatan buat diagnosis bentan, akan gagal peperiksaan perubatan. Jika ada pegawai perubatan buat diagnosis bentan, akan gagal peperiksaan specialist. Saya akan pulas telinga dan minta apa dia bentan dan tunjuk di dalam mana-mana terbitan perubatan, apa dia kriteria bentan. Kalau sesiapa buat diagnosis bentan, ini bermakna dia tak tau apa masalah pesakit. Kalau tak tau, kita mesti jujur kata tak tau dan sila rujuk kepada pakar. Jangan buat palatau. Kita mesti tegas demi kesihatan masyarakat. Berikan ilmu yang betul. Bukan buat palatau. Sekian, terimakasih kepada netizens yang awesome.

Baca lagi
1y ago

biasa la awak org tua2. zaman dulu2 lain. sy masa dlm pantang pakai stokin seminggu je awak. lepas tu xpakai dh. alhamdulillah okay je awak. pemakanan pon sy mkn je pape sy nak. xde pantang mkn pon. air sejuk dn ais pon sy minum. sy org yg sma share posting dr imelda awak❤️. sy follow dia dn kali ni sy pntg mmg xstress. 1st baby dulu sy stress sgt.