Bentan selepas bersalin

Hai nak tanya kalau da habis darah nifas still boleh kene bentan ke??? Apa beza darah bentan dgn darah period??

6 Balas
 profile icon
Tulis jawapan

“Doktor Imelda, kenapa selepas bersalin semalam, hari ini ada lagi rasa sakit macam senggugut? Adakah ini bentan?” Jawapan saya: Ini bukan bentan. Tidak ada istilah bentan di dalam perubatan. Tetapi inilah yang kita panggil ‘rengat’. Di dalam bahasa omputeh, rengat ialah ‘afterpains.’ Maknanya, sakit selepas bersalin. Di dalam bahasa perubatan, rengat ialah ‘uterine involution’. Maknanya proses pengecutan rahim selepas bersalin. Rengat tak ada kaitan dengan pantang atau tak pantang selepas bersalin. Rengat tak ada kaitan dengan apa anda makan. Rengat tak ada kaitan dengan masuk angin. Rengat tak ada kaitan dengan minum air ais. Rengat tak ada kaitan dengan mengurut atau tidak. Rengat tak ada kaitan dengan bertunku atau tidak. Sejurus selepas melahirkan bayi dan uri placenta dikeluarkan, rahim akan mengecut ke kedudukan di bawah pusat. Selepas ni rahim akan mengambil masa 3 hingga 4 minggu untuk mengecut lagi sehingga ke saiz normal dan duduk di dalam ruang pelvis di belakang pundi kencing. Di dalam masa 6 minggu selepas bersalin, semua rahim akan mengecut ke saiz asal walaupun tidak mengurut, bertunku atau pakai bengkung. Pengecualiannya hanya ialah wanita yang ada fibroid besar di dalam rahim. Bila ibu mula menyusukan bayi, stimulasi dari baby ‘latching on’, iaitu baby menghisap puting payudara ibu, menyebabkan tindakbalas dari otak untuk mengeluarkan dua jenis hormon. Hormon pertama ialah Prolactin yang mengarahkan kilang susu di dalam payudara untuk membuat susu. Hormon kedua ialah oxytocin. Kesan oxytocin ada dua. Pertama ia mengecutkan saluran susu atau ‘duct’ supaya susu yang dibuat di dalam kilang susu memecut keluar ke arah puting payudara. Kedua ia mengecutkan rahim. Sebab inilah bila ibu mula menyusukan bayi, ibu mengadu dapat ‘rengat’ dan ini selalunya berlaku selama dua atau tiga hari selepas bersalin. Jika ‘rengat’ terlalu sakit, ibu boleh ambil ubat tahan sakit seperti panadol biasa atau ibuprofen atau diclofenac atau ponstan. Inilah ubat sama yang boleh diambil jika ada senggugut atau period pain. Bukan semua ibu akan rasa sakit ‘rengat’ tetapi rahimnya masih juga mengecut walaupun tak rasa sakit rengat. Maka semua ibu selepas bersalin akan mengalami proses pengecutan rahim ke saiz asal di dalam masa 6 minggu, tetapi ada ibu yang sakit selama dua atau tiga hari bila rahim mengecut. Selepas dua-tiga hari ini, rahim akan terus mengecut ke saiz asal walaupun tiada lagi rasa sakit rengat. Bagaimana anda tahu rahim sudah mengecut ke saiz normal? Jawapannya ialah bila tiada lagi darah nifas keluar. Darah nifas itu ialah ‘decidua shedding’, iaitu satu proses membuang keluar sel-sel dinding rahim yang menjadi tebal semasa hamil. Sambil rahim mengecut, ada lapisan decidua yang dibuang keluar supaya rahim boleh mengecut. Sebab inilah ramai ibu akan kata bila dapat rengat, ada gumpalan atau ketulan keluar dari rahim, kemudian ibu akan rasa lega. Bila decidua shedding tu sudah habis keluar, rahim sudah kembali ke saiz normal, maka darah nifas pun tiada lagi. Berapa lama darah nifas nak kering? Di antara linkungan 14 hari sehingga 60 hari. Puratanya ialah 36 hari. Jika ada cebisan tisu uri placenta yang tak habis keluar selepas bersalin, ini boleh menyebabkan keradangan dan jangkitan kuman pada lapisan dalam dinding rahim. Ini dinamakan ‘endometritis’ dan ibu-ibu ini akan mengadu darah nifas yang banyak, sakit pada bahagian dinding rahim dan demam. INI BUKAN BENTAN. INI BUKAN SEBAB TERSEPAK IBU JARI. INI BUKAN SEBAB TAK PANTANG MAKAN. Jika anda ada simtom ini, segeralah ke hospital untuk menghentikan pendarahan yang banyak, antibiotics dan memastikan tiada tisu uri masih berada di dalam rahim. Sebaliknya jika patient saya menjalani pembedahan Caesar, selepas mengeluarkan baby dan uri placenta, saya akan menggunakan kain bersih untuk mencuci lapisan decidua dari dinding rahim. Semua patients Caesarean Section saya juga mendapat antibiotics untuk mencegah jangkitan kuman yang menyebabkan endometritis. Jadi, ramai patients saya selepas Caesarean section kata darah nifas mereka sedikit saja jika dibandingkan dengan bersalin secara normal. Dengan ilmu pengetahuan ini, ibu-ibu akan faham, sekiranya ibu-ibu tidak mampu perkhidmatan confinement ladies untuk mengurut rahim atau bertunku, janganlah ibu-ibu bimbang. Tak mengurut, tak bertunku dan tak pakai bengkung pun rahim akan mengecut ke saiz normal juga. Sebab inilah tak wajib pun buat ini semua. Ada budaya dan tradisi ibu-ibu yang bersalin di negara-negara lain yang berlainan dari negara kita. Mereka tak ada pun mengurut rahim, bertunku atau pakai bengkung, tetapi rahim-rahim mereka tetap juga tiada masalah mengecut ke saiz normal juga dalam jangkamasa yang sama juga. Semua patients saya yang bersalin secara Caesarean section pun rahim akan mengecut ke saiz yang normal juga. Untuk patients saya yang bersalin secara Caesarean Section, saya melarang mereka urut rahim, bertunku dan saya melarang pakai bengkung yang ketat di atas luka pembedahan. Sebab ini boleh menggangu jahitan Caesarean, membawa lebih bakteria dari tangan manusia ke kawasan luka pembedahan, melambatkan kesembuhan dan menyebabkan lebih kesakitan kepada ibu. Alhamdulillah, dengan kemudahan hospital dan perkhidmatan perubatan moden, kematian ibu bersalin akibat pendarahan dan jangkitan kuman sudah dikurangkan. Sebelum Merdeka, pada tahun 1950, kadar kematian ibu bersalin ialah 20 kali ganda lagi tinggi dari kadar kematian ibu bersalin hari ini. Sebab utama mereka meninggal dunia zaman dulu ialah pendarahan yang banyak di rumah dan sepsis iaitu jangkitan bakteria yang teruk. Masa dulu, tiada antibiotic, tiada suntikan mencegah kancing gigi, tiada ubat untuk mengecutkan rahim, tiada jahitan kepada luka, lebih ramai bayi dilahirkan mati, lebih ramai ibu-ibu lambat sembuh selepas bersalin dan lebih ramai ibu tidak berjaya menyusukan bayi. Alhamdulillah, ibu-ibu yang bersalin zaman sekarang hanya perlu dengar nasihat doktor dan boleh dapat kualiti hidup yang lebih baik lagi selepas bersalin dan lebih berjaya menyusukan bayi. Tak ikut amalan berpantang selepas bersalin cara lama pun, tak payah bimbang. You will be just fine 💕 Dr Imelda Balchin Pakar Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Marathon Runner

Baca lagi
1y ago

sama2 awak,🌻. xde la. kalau awak follow fb doctor imelda balchin awak akan dpt semua info yg awak nak. pasal pantang, pemakanan dlm pantang. selagi awak xde alergik dgn apa2 mknn awak boleh je nk mkn semua. termasok pulut☺️