Puasa semasa hamil
Hai nak tanya ibu2 semua... Kandungan saya baru 14 minggu.. X pe ker kalau saya berpuasa... Risau pulak dgn baby... Tak kan ada effect kan?

PENTING Ibu mengandung yang TAK DINASIHATKAN untuk berpuasa ; 🖐Jika masih berada pada trimester pertama kehamilan ( 3 bulan pertama ) 🖐Bilamana ibu ada risiko untuk mendapat darah beku di kaki ( venous thrombosis ) - moderate or high risk group 🖐Ibu yang tak sihat - demam, muntah-muntah, cirit birit 🖐Ibu yang mempunyai high risk pregnancy seperti pre eclampsia, penyakit autoimmune, atau penyakit jantung 🖐Ibu ada kencing manis ketika hamil - kencing manis jenis 1 dan 2 atau GDM yang memerlukan metformin/insulin. GDM dengan kawalan permakanan perlu dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. 🖐Kehamilan di mana baby tak membesar ( IUGR ) 🖐Ibu yang menyusukan badan dan bimbang pasal kesihatan dirinya 🖐Ibu yang tak menyusukan anak tapi masih berada dalam tempoh pantang selepas bersalin. Walaupun kadang2 darah nifas dah kering 2 minggu lepas bersalin, tapi tahap kepekatan darah masih lagi tinggi selepas bersalin sehingga 6 minggu berpantang. Jadi risiko untuk thrombosis tu masih lagi tinggi 🖐Ibu yang berada di negara yang waktu siangnya lebih panjang atau lebih lama Ingat, kena tanya doktor dulu boleh berpuasa ke tak. Jangan pandai-pandai Segala keberkatan tak bermakna, jika kehamilan kita tak sihat. Jadikan Ramadhan kali ini, Ramadhan yang paling bermakna Ahlan wasahlan, Ramadhan Creadit info dr muhammad izzat
Baca lagi