Puasa

Hai mommies dan bakal mommies.. kan nak dekat puasa.. saya nak tanya, macam mana ye nak tau yang saya ni larat berpuasa? Atau macam mana nak tau baby kat dlm ni okay tak kalau saya berpuasa? Sekarang kandungan saya 14 minggu.

1 Balas
 profile icon
Tulis jawapan
VIP Member

Hi! Puan boleh cuba dulu berpuasa satu hari dan jika puan tidak mengalami pening yang teruk atau pengsan dan rasa bayi masih lagi bergerak di dalam perut, puan boleh teruskan berpuasa. Tetapi jika puan berasa risau dan kurangnya pergerakan bayi seperti biasa, puan boleh buka puasa dan ianya tidak wajib bagi ibu mengandung untuk berpuasa. Puan juga boleh mengamalkan pemakanan yang seimbang, makanan sunnah iaitu Kurma dan juga susu sepanjang tempoh berpuasa dan sahur untuk menambah tenaga yang di perlukan khususnya untuk bayi. Puan boleh rujuk di sini tips berpuasa semasa hamil ya ☺️ https://my.theasianparent.com/tip-untuk-para-ibu-yang-berpuasa-ketika-mengandung

Baca lagi